kelebihan pokok dalam rumah

Pokok Lidah Jin Dapat Menapis Habuk Di Dalam Rumah? Ini Jawapan Daripada Pakar.

Baru-baru ini tular tentang pokok lidah jin mampu menjadi penapis udara atau habuk di dalam rumah. Memandangkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa lebih banyak dihabiskan di rumah, pokok ini menjadi carian ramai untuk dijadikan pokok perhiasan di dalam rumah.

Betul Ke Pokok Lidah Jin Mampu Menjadi Penapis Habuk Di Dalam Rumah?

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1989 pihak NASA ada menjalankan satu ujian di angkas lepas untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara persekitaran di dalam rumah.

Pokok buluh pam, keladi Chinese evergreen dan pokok lidah jin tela dibawa ke angkasa lepas dan telah terbukti di dalam ruang yang sempit dengan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Namun, kajian tambahan juga mendapati kajian di atas TIDAK bermakna tumbuhan ini boleh berfungsi sebagai penapis udara yang baik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di angkasa, tumbuhan tersebut hanya boleh menapis udara di dalam kebuk udara makmal.

Manakala, di dalam ruang pejabat, atau bilik bersaiz norma 3.1m x 3.1m x 2.4m anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk memastikan ianya berfungsi sebagai penapis udara yang berkesan.

Tumbuhan Di Dalam Rumah Boleh Mengurangkan Stress.

Walaupun tumbuhan di dalam rumah tidak berkesan mengurangkan habuk atau menapis bahan bertoksik, tumbuhan ini tetap memberi pemandangan yang indah. Persekitaran yang cantik mampu membantu meningkatkan mood dan menceriakan hari anda.

Kesan positif pada mood individu ini sekaligus mengurangkan stress dengan aktiviti seharian anda di rumah.

Ada juga berpendapat, tumbuhan hidup yang diletakkan di dalam rumah ini akan berterusan berzikir untuk keberkatan tuan rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge