semakan online UPU

Cara Semak Keputusan UPU 2020 Online Ke Universiti Awam

Hari yang ditunggu-tunggu oleh calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah tiba. Keputusan permohonan untuk kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda akan diumumkan pada jam 12 tengah hari ini, Rabu 3 Jun 2020.

Lepasan SPM yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing di saluran hebahan di UPUPocket 2.0.

Semak Keputusan UPU Guna UPUPocket 2.0:

Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play Store melalui pautan Aplikasi UPUPocket Android dan Apple App Store melalui pautan Aplikasi UPUPocket iOS

Semak Keputusan UPU Guna Pautan Universiti:

Selain daripada UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan seperti berikut:

  1. MOE : http://upu.moe.gov.my/
  2. UMT : http://jpt.umt.edu.my
  3. UMS : http://jpt.ums.edu.my
  4. UNIMAS : https://jpt.unimas.my
  5. UTM :  https://jpt.utm.my
  6. UUM : http://jpt.uum.edu.my

Semak Keputusan UPU Guna SMS:

i) Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

ii) Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Keputusan tawaran tempatan pengajian adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak akan dilayan.

Bagi pemohon yang gagal mendapat tempat atau sebarang tawaran ke Universiti Awam (UA), Institut Perdidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKa boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk pertimbangan sewajarnya.

Rayuan Permohonan UPU ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi

Pemohon boleh membuat rayuan di pautan  http://upu.moe.gov.my dalam tempoh 5 hari bekerja mulai 3 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020, dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Tahniah kepada semua pemohon yang berjaya mendapat tempat. Semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge