PKP Berperingkat. Ulasan DS Najib Ini Sangat Bijak.
Belum pun reda kejutan tentang Moratorium untuk pinjaman sewabeli kenderaan semalam, hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, TS Muhyiddin tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selaras dengan pengumuman ini, sektor-sektor ekonomi kebanyakan akan dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei, Isnin ini.
Ada yang bertepuk tangan, ada yang terkejut. Rata-rata masih belum bersedia dari segi mental dan fizikal selepas PKP diumumkan bersambung sehingga ke Fasa-4 dan akan tamat pada 12 Mei 2020 ini.
Kami sempat menjenguk seketika ulasan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak di Facebook beliau. Kami salin & tampal di bawah ini untuk difikirkan bersama:
Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covid baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh.
Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus Covid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan.
Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu.
Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?
Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat.
Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal.
Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai? Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longgarkan lockdown, kes jangkitan meningkat mendadak.
Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.
Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.
Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?
Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.
Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?
Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar Rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing dan menyesuaikan diri semasa di tempat-tempat umum. Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam. Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing.
Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini.
Kredit: FB Najib Razak
Aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Memetik kenyataan itu, senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Antaranya:
- Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa
- Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan
- Sukar untuk mengawal keperilakuan
- Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan
- Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama
Bagaimanapun, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi dalam senarai di bawah dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan.
1. Hiburan dan Riadah
- Panggung Wayang
- Pusat Karoake
- Taman Tema
- Muzium
- Busking
- Pusat Refleksologi
- Pusat Hiburan
- Kelab Malam
2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
- Perarakan Keagamaan
- Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
- Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
- Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
- Perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan dan swasta
- Majlis perasmian
3. Persidangangan dan Pameran
- Pameran Kerjaya
- Pameran Perkahwinan
- Promosi dan Pakej Pelancongan
- Karnival Jualan
- Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
- Sukan semasa sesi persekolahan
- Aktiviti kokurikulum bersemuka
- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
- Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
- Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
- Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
- Kolam renang
- Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial
- Kenduri – kendara
- Majlis Berbuka Puasa
- Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
- Rumah Terbuka
- Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (i.e ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)
7. Pengangkutan
- Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
- Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
- Bazar Ramadan
- Bazar Hari Raya
- Karnival Jualan
9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)
- Terima pelawat
- Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
- Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
- Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
- Aktiviti fitting pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
- Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi
15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
- Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
- Ekopelancongan Hutan
- Latihan Perhutanan
18. Perlombongan dan Pengkuarian
- Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
- Hari Bertemu Pelanggan
- Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
- Pesta makan buah-buahan
- Kursus/ Seminar
- Konvokesyen Institut Pertanian
- Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
- Aktiviti perikanan rekreasi
- Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium
21. Seni Kreatif
- Penggambaran filem/drama/dokumentari/komersil
- Acara/konsert/persembahan kebudayaan
- Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan Kesenian
- Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
- Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)
Ada 9 SOP perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna semasa PKPB dan hari-hari seterusnya:
1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter
2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser
3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask)
4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis
5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU
6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan
7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial
8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online)
9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.