Site icon Lima Minit

Rayuan GKP 2.0 Tak Lulus? Ini Mungkin Menjadi Sebabnya..

Rayuan Geran Khas Prihatin

Semakan Rayuan GKP 2.0 boleh dibuat bermula hari ini, 27 November ini di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

Rayuan GKP 2.0 tak lulus. Ini antara keluhan dan aduan yang didengari daripada 208,000 permohon yang gagal menerima bantuan Geran Khas Prihatin 2.0.

Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan.

Namun, hanya 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima bantuan berkenaan.

Kenapa GKP 2.0 tidak lulus? Ini persoalan bermain di fikiran bila mendapat keputusan rayuan GKP 2.0 dengan TIDAK LULUS / KOD TIDAK LULUS GKP 2.0 .

Sebelum menyemak sebab permohonan rayuan GKP 2.0 anda tak lulus, semak terlebih dahulu jika perniagaan anda berada di bawah status ini:

Baca Juga: Cara Mohon I-Sinar

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

LAMPIRAN KOD LHDN

01 -Pekerja melebihi 4 orang

02 – Jualan melebihi 300,000

03 – Tiada pendapatan – perniagaan dianggap tidak aktif

04 – VIP / Individu berprofil tinggi

05 – Jualan melebihi RM 300,000

06 – Pasangan telah lulus

07 – Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

08 – Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

09 – Duplikasi – entiti perniagaan telah dipohon

Berdasarkan makluman daripada Menteri Kewangan, antara PUNCA GKP 2.0 TIDAK LULUS adalah seperti berikut:

Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

Pekerja melebihi 4 orang

Berdasarkan maklumat pada borang permohonan GKP dan tiada semakan agensi.Pekerja ini sebenarnya tidak termasuk dengan pemilik perniagaan.

Contohnya pemohon mengisi 5 orang pekerja termasuk pemilik,maka permohonan GKP 2.0 TIDAK LULUS.

Duplikasi – entiti perniagaan telah dipohon

1 entiti perniagaan dituntut oleh 2 orang atau lebih.

Rayuan GKP 2.0

Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020.

Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

SOALAN LAZIM

Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?

Ya anda layak memohon GKP 2.0.

Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?

Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.

Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin 2.0?

Bermula 27 November 2020.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?

Pembayaran RM3000 GERAN KHAS PRIHATIN 2.0 akan dibuat bermula 30 November 2020.

Exit mobile version