zakat pendapatan

Cara Kira Zakat Pendapatan

Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu.

Kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan). 

Zakat dapat membantu memperkuatkan institusi Islam di Malaysia. Ini kerana duit zakat akan digunakan bagi membantu asnaf dan juga memperkasa ekonomi orang muslim di Malaysia.

Membayar zakat pendapatan atau tidak membayar zakat pendapatan adalah sangat berkait dengan soal ketaatan. Zakat secara umum merupakan satu ibadat sebagaimana kewajipan ibadat  yang  lain  seperti  solat,  puasa  dan  menunaikan  haji.

Firman Allah subhanahu wata`ala:

{ يَأَيـُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ ، وَلاَ تَيَمَّمُ الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِئَاخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُواْ فِيهِ ، وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ }

Maksudnya:-

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji.” – (Surah Al-Baqarah, 2:267)

Cara Kira Zakat Pendapatan

Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas.

Jika nisab zakat pendapatan (bergantung kepada negeri) adalah RM20,361, adakah ini bermaksud anda perlu membayar 2.5% daripada pendapatan anda jika ia lebih daripada jumlah ini dalam setahun?

Jawapan adalah Ya (tanpa tolakan) dan Tidak (dengan tolakan).

Ya jika anda ingin membayar zakat berdasarkan jumlah pendapatan kasar setahun.

Tidak, jika anda membayar zakat berasaskan jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan asas. Lihat contoh pengiraan zakat pendapatan di bawah.

Zakat Pendapatan boleh dikeluarkan bagi setiap individu yang memperolehi sumber pendapatan yang merangkumi :

  1.     Pendapatan / Pengajian
  2.     Gaji dan Upahan
  3.     Tunggakan
  4.     Elaun-elaun : (Elaun Khidmat Awam, Elaun Keraian, Elaun Perumahan)
  5.     Bonus
  6.     Komisyen
  7.     Lain-lain pendapatan sampingan (rumah sewa, jualan langsung dll)
  8.     Kerja lebih masa

Di sini disediakan beberapa contoh jumlah pendapatan yang diwajibkan dibayar zakat dan pendapatan yang tidak diwajibkan.

Contoh Tidak Diwajibkan Bayar Zakat Pendapatan

Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali.

Contoh 1:

Pendapatan Shakiddo adalah RM4,000 sebulan.

Jika Shakiddo pilih cara 1, Zakat ialah sebanyak RM1200 setahun, sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan)

Contoh 2:

Pendapatan Shakiddo adalah RM4,000 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM48,000. Oleh itu, Shakiddo perlu membayar zakat kerana jumlahnya lebih daripada nisab zakat.

Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Shakiddo bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM48,000 tadi. Terdapat perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak oleh Shakiddo sebelum kadar zakat dikira. (rujuk gambar di atas)

Jika Shakiddli memilih cara 2, Zakat Pendapatan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM358 setahun. Sebulan bersamaan RM29.90.

Cara 2 adalah yang popular kerana boleh tolak belanja yang dibenarkan dahulu

Kalkulator Zakat

Anda juga boleh mengira zakat pendapatan menggunakan kalkulator dari pusat zakat negeri masing.

NEGERIPAUTAN KALKULATOR
Kalkulator zakat Melakahttps://pay2.izakat.com/kalkulator
Kalkulator zakat Negeri Sembilanhttps://www.pbmalns.gov.my/v5/web/taksir.php
Kalkulator zakat Sabahhttps://appszakat.sabah.gov.my/kalkulatorPendapatan.php
Kalkulator zakat Sarawakhttps://www.tbs.org.my
Kalkulator zakat Perakhttps://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/pendapatan
Kalkulator zakat Kedahhttps://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat
Kalkulator zakat Johorhttps://www.maij.gov.my
Kalkulator zakat Pulau Pinanghttps://www.zakatpenang.com
Kalkulator zakat Kelantanhttps://www.e-maik.my
Kalkulator zakat Terengganuhttp://www.maidam.gov.my
Kalkulator zakat Pahanghttp://new.zakatpahang.my
Kalkulator zakat Selangorhttps://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/
Kalkulator zakat Perlishttp://zakat.maips.gov.my
Kalkulator zakat Kuala Lumpur MAIWPhttps://www.zakat2u.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge