tenang

Cara Mencapai Istiqamah Dalam Hidup

Istiqamah bukan hanya meninggalkan maksiat tetapi ia juga dalam melakukan amalan baik seperti seseorang yang melakukan solat Dhuha tetapi selepas beberapa ketika mereka berhenti daripada melakukannya. Begitu juga dengan membaca al-quran dan sebagainya.

Mengikut syarak, Istiqamah bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang pada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah. 

Kali ini kami ingin mengajak anda semua untuk mencapai Istiqamah dengan jayanya. Istiqamah boleh kita capai dengan menjaga sepuluh perkara berikut :

  1. Menjaga lisan dari membicarakan fitnah dan aib orang lain.
  2. Menjaga hati dari prasangka buruk
  3. Menjauhi diri dari menghina orang lain
  4. Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram
  5. Berkata benar dalam setiap tindakan
  6. Bersedekah sebahagian harta pada jalan Allah
  7. Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja
  8. Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan untuk diri sendiri
  9. Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
  10. Teguh pendirian terhadap Al-Quran dan Sunnah

Doa dan Mohonlah Terus Istiqamah daripada Allah SWT

Sesungguhnya hati-hati manusia sentiasa dalam genggaman Allah. Dia juga lah akhirnya yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kufur, demikianlah juga siapa yang istiqamah dan siapa yang futur. Maka kemampuan istiqamah ini adalah merupakan anugerah Allah kepada hamba yang Dia kehendaki.

وَلَوْلَا أَن ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدتَّ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau (wahai Muhammad) sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka (orang Musyrikin). [AL Israa : 74]

Jelas dinyatakan bahawa istiqamah Rasulullah adalah merupakan kurniaan daripada Allah, maka sayugialah bagi kita untuk sentiasa memohon dan berdoa supaya dianugerahkan Allah dengan istiqamah ini sehingga ke akhir nafas kita di dunia.

Inilah perkara paling asas dan utama dalam istiqamah; ia bergantung kepada kesungguhan seorang hamba untuk berharap, merayu dan berdoa memohonnya daripada Allah.

InsyaAllah…Semoga persinggahan seketika anda di sini dapat memberi kenikmatan santapan buat mata dan hati bersama pengisian rohani dan semoga juga kita semua dapat beristiqamah dan dapat melakukan amal ibadat dengan lebih yakin, khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge