Site icon Lima Minit

Cara Renew Passport Secara Online

cara-perbaharui-passport-Malaysia

Masih ramai yang tidak tahu, untuk permohonan pembaharuan (renew) passport, sudah boleh dilakukan secara online. Bayaran untuk passport baharu dan pembaharuan passport juga sudah diselaraskan, tidak seperti sebelum ini.

Bayaran Permohonan Passport

  1. Dewasa – RM200 untuk tempoh 5 tahun
  2. Kanak-kanak, Warga Emas – RM100 untuk tempoh 5 tahun

Pembaharuan (Renew) Passport Hanya Secara Online

Bagi orang dewasa (18 tahun ke atas) buat masa sekarang, anda perlu memohon secara online sahaja di MyOnline Pasport.

MyONLINE PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh dibayar secara online menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Tempoh Pengeluaran Passport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.

Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Pihak Imigrsen akan menghantar emel setelah permohonan anda diluluskan dan passport telah sedia diambil.

Spesifikasi Foto Passport

Untuk orang dewasa proses permohonan sangat muda. Cuma perlu sedikit kemahiran IT..Anda perlu tahu cara nak upload softcopy gambar online. Itu sahaja.

Lain-lain part, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, boleh hubungi Pejabat Imigresen terdekat. Selesai.

Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak-anak ke pejabat imigresen (walk-in) tanpa perlu membuat temujanji online. Begitu juga permohonan untuk OKU, pelajar nak sambung belajar & jemaah haji.

Anda perlu membawa bersama surat beranak ORIGINAL (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), Mykid dan passport lama. Ada sesetengah pejabat Imigresen memerlukan Gambar Passport bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Ada tempat tak perlu. Jadi, untuk langkah terbaik, sediakanlah gambar passport hardcopy anak-anak.

Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir.

Bayaran yang dibuat adalah secara ‘cashless’ atau tanpa tunai. Boleh bayar pakai card bank. Part paling last kena tunggu sejam selepas proses pembayaran untuk mengambil passport yang sudah siap dicetak.

JANGAN lupa membawa anak bersama sebab ada part kena scan fingerprint anak-anak masa ni..jangan ingat dah settle semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak, tak perlu membawa anak dah..Anak itu adalah pemilik passport Malaysia, jadi dia perlu ada 🙂

Rujukan: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Exit mobile version