Cara Renew Passport Secara Online
Masih ramai yang tidak tahu, untuk permohonan pembaharuan (renew) passport, sudah boleh dilakukan secara online. Bayaran untuk passport baharu dan pembaharuan passport juga sudah diselaraskan, tidak seperti sebelum ini.
Bayaran Permohonan Passport
- Dewasa – RM200 untuk tempoh 5 tahun
- Kanak-kanak, Warga Emas – RM100 untuk tempoh 5 tahun
Pembaharuan (Renew) Passport Hanya Secara Online
Bagi orang dewasa (18 tahun ke atas) buat masa sekarang, anda perlu memohon secara online sahaja di MyOnline Pasport.
MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.
Permohonan atas talian boleh dibayar secara online menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
Tempoh Pengeluaran Passport
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.
Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Pihak Imigrsen akan menghantar emel setelah permohonan anda diluluskan dan passport telah sedia diambil.
Spesifikasi Foto Passport
- Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
- Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
- Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
- Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
- Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
- Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.
Untuk orang dewasa proses permohonan sangat muda. Cuma perlu sedikit kemahiran IT..Anda perlu tahu cara nak upload softcopy gambar online. Itu sahaja.
Lain-lain part, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, boleh hubungi Pejabat Imigresen terdekat. Selesai.
Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak-anak ke pejabat imigresen (walk-in) tanpa perlu membuat temujanji online. Begitu juga permohonan untuk OKU, pelajar nak sambung belajar & jemaah haji.
Anda perlu membawa bersama surat beranak ORIGINAL (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), Mykid dan passport lama. Ada sesetengah pejabat Imigresen memerlukan Gambar Passport bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Ada tempat tak perlu. Jadi, untuk langkah terbaik, sediakanlah gambar passport hardcopy anak-anak.
Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir.
Bayaran yang dibuat adalah secara ‘cashless’ atau tanpa tunai. Boleh bayar pakai card bank. Part paling last kena tunggu sejam selepas proses pembayaran untuk mengambil passport yang sudah siap dicetak.
JANGAN lupa membawa anak bersama sebab ada part kena scan fingerprint anak-anak masa ni..jangan ingat dah settle semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak, tak perlu membawa anak dah..Anak itu adalah pemilik passport Malaysia, jadi dia perlu ada 🙂
Rujukan: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Mudah la lepas ni nak renew passport
ipinz recently posted…Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu
boleh gi Korea pasni bang..ah jomm