Cara Mudah Renew Insurans Kereta Secara Online
Selain memastikan petrol sentiasa ada untuk perjalanan yang selamat, cukai jalan dan insurans kereta juga perlu dipastikan sentiasa ‘hidup’. Rasa gelisah dan tidak tenang pasti mengganggu perjalanan kerana memikirkan cukai jalan dan insurans yang telah tama tempoh. Jika sebelum ini, agak leceh proses untuk perbaharui / renew insurans kenderaan. Kini tidak lagi. Kami kongsikan di bawah ini cara mudah renew insurans kereta secara online . Tak perlu keluar rumah pun!
1# Cara Renew Insurans Kereta Online – MyEG
Ini cara renew insurans kereta secara online paling mudah dan terkenal. Banyak kemudahan yang disediakan di laman web MyEG ini terutama urusan yang berkaitan pihak berkuasa Malaysia seperti Polis diRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.
- Layari laman web https://www.myeg.com.my/
- Pilih Perbaharui Auto Insuran (Kereta)/Perbaharui Auto Insuran (Motorsikal).
- Pilihan syarikat insurans dan takaful akan dipaparkan pada laman ini.
- Anda juga boleh memilih untuk menukar bahasa pada sebelah kiri atas skrin anda.
- Anda turut boleh membuat perbandingan pada laman yang sama sebelum proceed membeli insurans yang dikehendaki. Anda boleh skip langkah ini sekiranya anda ingin terus proses seterusnya untuk renew insurans kereta online.
- Pilih Bandingkan Sekarang. Butang ini berada di bawah senarai syarikat yang dipaparkan.
- Kemudian, pilih Get A Quote/Dapatkan Sebut Harga pada syarikat insurans yang dipilih.
- Pada bahagian Please enter your vehicle registration number, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda pada ruangan Vehicle Reg.No.
- Pilih Next.
- Masukkan semua maklumat yang diminta mengikut setiap bahagian.
- Anda juga boleh masukkan maklumat tambahan pemandu dan perlindugan tambahan kereta (aksesori, bencana, perlindungan cermin).
- Semua maklumat yang dimasukkan ini penting bagi pengiraan harga insurans yang telah anda pilih.
- Oleh itu, maklumat yang dimasukkan tepat dan jujur.
- Tamat. Kini anda boleh meneruskan pemanduan dengan lebih tenang.
Baca Juga: Cara Mudah Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos
2# Cara Renew Insurans Kereta Online – aplikasi Pos Malaysia
Menggunakan aplikasi Pos Malaysia untuk renew insurans kereta juga menjadi pilihan sejak akhir-akhir ini. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Pos Malaysia di smartphone anda. Percuma sahaja. Anda boleh membeli insurans kereta mengikut langkah-langkah seperti di bawah ini:
- Muat turun aplikasi Pos Malaysia dari Google Play Store untuk pengguna Android atau untuk pengguna iPhone, boleh muat turun dari App Store ke dalam telefon anda.
- Kemudian, pilih Insurance/Takaful.
- Pilih Private Car Insurance/Takaful atau Motorcycle Insurance/Takaful.
- Seterusnya , masukkan nombor kenderaan pada ruangan Vehicle Registration No bagi memulakan proses cara renew insurans kereta online.
- Pilih ID Type. (MyKad, MyPr, Passport,Police,Army) pada ruangan Owner’s Details
- Masukkan nombor pengenalan pada ruangan ID No.
- Pilih jantina anda pada ruangan Gender.
- Pilih status perkahwinan anda pada ruangan Marital Status.
- Pilih poskod anda pada ruangan Postcode.
- Masukkan nombor telefon anda pada ruangan Mobile No.
- Pada bahagian Coverage Type, pilih Comprehensive.
- Pilih Next.
- Kemudian, pilih syarikat insurans atau takaful yang ingin renew pada bahagian Select your Insurer.
- Pada bahagian Add-On Coverage (Optional), anda boleh masukkan maklumat-maklumat yang diminta sekiranya anda ingin masukkan sahaja bukan wajib.
- Anda perlu buat bayaran.
- Pada bahagian Transaction Details. bayaran anda berjaya apabila Thank for your payment! dipaparkan pada skrin anda.
- Tamat. Kini anda boleh meneruskan pemanduan dengan lebih tenang.
Mudah sahaja kan cara renew insurans secara online ini. Paling best, tidak perlu nak keluar rumah je pun.
Bila dah selesai renew insurans kereta, bagaimana pula cara perbaharui cukai jalan? Ada ke cara mudah nak renew road tax secara online? Ada.. nanti kami akan kongsikan.
Biasa ada dah incas insurans sejak kereta dulu. Road tax guna myeg pun mudah saja bagi yang sibuk seperti kawan Laila
Geng Borak recently posted…Padah Siar Video Filem di Telegram, Seorang Lelaki Ditahan KPDNHEP