Cara Renew Insurans Kereta Secara Online di Bjak
Dalam situasi pergerakan yang terbatas akibat PKP 3.0, pastinya ramai mencari alternatif untuk perbaharui atau renew insurans kereta secara online . Selain anda renew insurans kereta online di MyEG, anda juga boleh renew insurans kereta di laman Bijak .
Team Bjak juga menawarkan perbandingan harga dan terserah kepada anda untuk membuat keputusan insurans kereta yang terbaik. Mereka juga menawarkan perkhidmatan membantu ada membuat pembaharuan Cukai Jalan dan menghantar terus ke depan pintu rumah anda. Mudah bukan?
Baca Juga: Cara Mudah Renew Lesen di Pejabat Pos
Cara Renew Insurans Kereta Di Bjak.my
- Buka website Bjak.
- Pilih jenis insurans. Kereta atau Motosikal?
- Kemudian, pilih “Minta Quote Percuma”
- Seterusnya anda perlu mengisi butiran kenderaan dan pemilik.
- Anda juga perlu mengesahkan kereta anda digunakan untuk perkhidmatan e-hailing atau tidak. Kemudian klik “Dapatkan Sebut Harga”
- Sebut harga akan diharga ke email anda. Anda juga boleh memohon untuk menerima sebut harga insurans kereta terkini di nombor Whatsapp anda. Lebih mudah.
- Login email anda dan semak Sebut Harga yang diterima.
- Anda akan menerima Sebut Harga untuk beberapa buah syarikat insurans kereta.
- Anda perlu buat perbandingan harga premium dan manfaat yang diterima. Anda juga boleh ubah butiran mengikut kesesuaian kereta. Sebut harga ini sah untuk 48 jam sahaja. Sekiranya anda masih belum membuat pembelian insurans, premium harga mungkin berubah atau kekal.
- Jika anda sudah membuat keputusan, pilih pakej dari syarikat insurans. Seterusnya, anda boleh memilih perlindungan tambah seperti perlindungan cermin (ie: windscreen), khidmat tunda tanpa had, khidmat renew cukai jalan (Roadtax) atau menjadi Bjka VIP.
- Seterusnya, anda perlu mengesahkan maklumat dan pilih cara pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, debit kad atau transaksi atas talian.
- Teruskan “Bayar Sekarang”
- Apabila pembayaran berjaya dilakukan, anda akan menerima “Cover Note” melalui email.
- Jika anda membuat tempahan penghantaran melalui Bjak, anda hanya perlu memberi alamat penghantaran kepada pihak Bjak.
- Jika anda membuat “Renew Roadtax” sendiri di pejabat pos atau menggunakan laman MyEG, anda perlu meneruskanya permohonan sendiri.
- Selesai.
Cara Mudah Perbaharui Insurans Kereta Secara Online
Login ke alamat laman web Bjak – www.bjak.my. Isi butiran secara lengkap dan hantar permohonan permintaan sebut harga.
Tunggu lebih kurang 5 minit. Sebut harga akan dihantar ke email anda. Buka email dan baca Sebut Harga itu. Buat perbandingan harga secara bijak.
Setelah berpuas hati membuat perbandingan, boleh teruskan proses pembelian insurans kereta. Anda juga boleh meneruskan proses pembayaran.
Sebaik sahaja pembayaran pembelian insurans kereta selesai, anda akan menerima email pengesahan pembayaran. Team Bjak juga akan memaklumkan bila Nota Perlindungan (Cover Note) & Cukai Jalan akan siap.
Namun, buat masa sekarang, proses penghantaran Cukai Jalan (Road Tax) sedang mengalamai masalah penghantaran akibat penguatkuasaan PKP 3.0. Mengikut maklumat, proses permohonan Road Tax pada bulan Mei akan mengalami sedikit kelewatan.
Anda boleh menggunakan resit MYEG sebagai bukti pembaharuan. Untuk pengesahan resit, anda boleh mengimbas kod QR di atas atau layari https://rdtax.myeg.com.my/rtxchk/rtxform.jsp
Bagus juga ada khidmat servis ni. Memang bijak
Geng Borak recently posted…Cara Memohon Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Sekarang dah mudah nak renew insurans. Senang mudah dan pantas.