
Gambar Merisik Neelofa Dan PU Riz Dipadam. Status Pertunangan Jadi Pertanyaan.
Awal bulan lepas, peminat bahagia apabila dikhabar Neelofa melangsungkan pertunangan dengan PU Riz. Namun, selepas hampir 2 bulan, peminat tertanya-tanya tentang status pertunangan Neelofa dan PU Riz.
Adakah Neelofa dan PU Riz putus tunang? Ini menjadi pertanyaan ramai peminat apabila mendapati adik-beradik Neelofa mula “unfollow” PU Riz di laman media sosial mereka.
Menurut perkongsian murai.com , di laman Twitter ketika ini, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengenai Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.
Status Adik-Beradik Neelofa

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi
Perkongsian sama oleh Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan seakan-akan memberi jawapan kepada persoalan terkini. Ianya merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

Lebih menjadi pertanyaan ramai peminat apabila mendapati foto ketika majlis merisik pada November lalu sudah tidak dipapar di laman Instagram mereka.
Sehingga saat ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Dalam masa yang sama peminat turut berharap semuanya baik-baik dan mengharapkan yang terbaik buat hubungan pertunangan Neelofa dan PU Riz.

Aduuhh… Diorang bergaduh ke ni?
permainan apakah ini