apa-nak-buat-bila-bankrup

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pernah Bankrap Sebelum Bangkit Untuk Lebih Kaya.

Merujuk kepada satu kajian Bank Dunia, golongan millenial di Malaysia yang berumur 25 hingga 44 tahun mencatat peningkatan yang membimbangkan dalam jumlah individu yang diistiharkan BANKRAP.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi menunjukkan kaum Melayu mencatatkan kes kebankrapan tertinggi di Malaysia iaitu 56% daripada keseluruhan kes 80,625 dari tahun 2015 hingga 2019.

Ada banyak punca yang menjadikan seseorang itu diistihar BANKRAP. Sebab paling utama adalah kegagalan mengawal-urus kewangan diri sendiri.

Kisah Bankrap Hafiz Mansor

Hafiz Mansor, seorang usahawan muda, tanpa malu menceritakan pengalaman beliau yang pernah berjaya, kemudian diistiharkan BANKRAP atas beberapa sebab yang dihimpunkan dalam satu Ebook, Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya.

Setelah kami membaca Ebook tersebut, kesimpulan pertama yang kami dapati adalah seseorang itu diistiharkan bankrup bukan kerana dia malas!

Dalam Ebook ini, Hafiz Mansor berkongsi cerita tentang perjalanan hidup beliau dari kecil bagaimana beliau mencari wang tambahan bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk ke politeknik sehinggalah beliau membuka perniagaan sendiri. Beliau bukanlah seorang yang pemalas.

bagaimana bankrup menjadikan aku lebih kaya

Selepas bergelar usahawan, beliau membuat banyak pinjaman kewangan kerana menyangkakan dengan cara begitu, perniagaan lebih senang berkembang.

Silapnya, beliau tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam pengurusan kewangan perniagaan dan lebih senang mempercayai orang yang suka mengambil kesempatan.

Akhirnya, beliau jatuh tergolek dan diistiharkan BANKRAP dengan bebanan hutang melebih RM500 Ribu!

Satu per satu harta yang dimiliki sebelum ini hilang dan ditambah pula dengan beban hutang, beliau menghadapi kemurungan dan hidup menjadi tidak menentu.

Namun, apabila sampai di satu titik ‘turning point’, beliau berjaya bangkit dan terus berusaha mengeluarkan diri dari status seorang yang BANKRAP.

Hari ini, beliau masih berusaha melangsaikan hutang, beliau juga masih boleh menjana duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.

Daripada kisah BANKRAP Hafiz Mansor ini, ada banyak perkara best yang pembaca boleh jadikan iktibar. Apa yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat untuk bangun semula.

Tentang Ebook Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya.

  • Ebook ini setebal 210 mukasurat dengan design yang berwarna-warni.
  • Ebook ini tak membosankan. Ada cerita gembira, kelakar, sedih, dan motivasi yang membuatkan anda rasa lebih bersemangat.
  • Ebook ini ringan dan senang dibaca, membuatkan anda rasa susah nak berhenti membaca. Ini satu perkata yang bagus!

7 Orang Berikut Sangat Perlukan Ebook Ini!

  1. Anda yang banyak buat hutang dan kebarangkalian tertunggak berbulan-bulan.
  2. Anda yang hampir bankrap dan belum diisytiharkan.
  3. Anda yang sudah bankrap seperti saya dan ingin bangkit semula.
  4. Anda yang dah lama berniaga tapi masih belum kaya.
  5. Anda yang mempunyai masalah kewangan.
  6. Anda yang sedang kaya tapi masih leka dengan kekayaan yang dimiliki.
  7. Anda yang minat membaca cerita realiti kehidupan.

Anda boleh dapatkan Ebook ini dengan HARGA MENARIK:

Leave a Reply