Antara figura yang selalu dilihat menolong ramai orang susah dan memerlukan bantuan di Malaysia adalah Ustaz Ebit Lew (UEL). Bantuan yang dihulurkan pula bukan hanya pada satu bangsa atau bangsa, tetapi menyeluruh dengann niat meringankan beban yang ditanggung.
Melalui usaha Ustaz Ebit Lew, beliau telah melancarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan terkesan dengan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekarang ini sejak tahun 2020.
Tidak kira siapa anda, jika anda terkesan, bolehlah memohon dan minta bantuan melalui wakil Ustaz Ebit Lew. Wakil yang ditugaskan di setiap negeri akan membantu mengagihkan dan berikan bantuan kepada anda yang memohon.
Baca Juga: Pendapatan Ustaz Ebit Lew
Senarai Bantuan Ustaz Ebit Lew
Kepada anda yang tinggal baik di seluruh Malaysia dan ingin mohon, cara mudah sahaja. Anda boleh terus hubungi wakil di setiap negeri di nombor tertera di bawah sekarang:
| NEGERI | NOMBOR TELEFON |
|---|---|
| Pusat Bantuan di Kota Kinabalu Sabah | 011-21820646 |
| Pusat Bantuan di Seberang Perai Utara, Penang / Pulau Pinang | 018-4636181 |
| Pusat Bantuan di Semporna, Sabah | 011-59023120 |
| Pusat Bantuan di Bintulu, Sarawak | 016-4035460 |
| Pusat Bantuan di Senawang, Negeri Sembilan | 017-3164974 |
| Pusat Bantuan di Bandar Kuantan, Pahang | 011-61096263 |
| Pusat Bantuan di Kudat, Sabah | 016-9771243 |
| Pusat Bantuan di Pasir Mas, Kelantan | 017-9478716 |
| Pusat Bantuan di Sungai Petani, Kedah | 011-27226330 |
| Pusat Bantuan di Ipoh, Perak | 011-51523766 |
| Pusat Bantuan di Kunak, Sabah | 016-6033149 |
| Pusat Bantuan di Pasir Gudang Johor Bahru JB | 010-7068364 |
| Pusat Bantuan di Kuala Terengganu | 011-20507611 |
| Pusat Bantuan di Melaka Tengah | 011-39900575 |
| Pusat Bantuan di Kuala Lumpur, Selangor | 017-6296906 |
Kami pasti program bantuan ini akan berjaya, ini kerana untuk yang mengenali susuk Ustaz Ebit Lew ini samada secara langsung ataupun melihatkan melalui media sosial Facebook, beliau tidak mampu melihat orang minta tolong atau dalam kesusahan.
Beliau akan sedaya upaya membantu kalangan yang berada dalam kesulitan. Semoga program bantuan ini dipermudahkan dan dapat bantu seramai mungkin di luar sana.
Biodata Ustaz Ebit Lew
- Nama Penuh: Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (Nama asal: Lew Yun Pau)
- Agama: Islam (sejak umur 12 tahun)
- Bangsa: Cina
- Umur tahun ini: 36 tahun
- Tempat lahir: Muadzam Shah, Pahang, Malaysia
- Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan
- Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah Pahang & Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang
- FACEBOOK: https://web.facebook.com/ebitlewofficialpage/
- TWITTER: https://twitter.com/ebitlew
- PORTAL & LAMAN WEB RASMI: https://transformjiwa.com/keluarga-sunnah/
- Kerjaya: Usahawan Elew’s Design dan Paramount Coffee House, Motovasi Transform Training & Consultancy dan Keluarga Sunnah, personaliti media, pendakwah bebas, pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart
Ingin Menyumbang?
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang mahu membuat sumbangan dan sedekah melalui tabung Ustaz Ebit Lew ini atas nama NGO Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, boleh terus buat di nombor akaun di bawah ini:
| PERKARA | BUTIRANNYA |
|---|---|
| No Akaun bantuan Ustaz Ebit Lew untuk tabung sedekah atas nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia | CIMB – 8603546376 |
Kongsikan Info Bantuan Ebit Lew
Jika anda mengetahui ada kenalan dan ahli keluarga terdekat yang sedang berada dalam kesusahan dan kesulitan pada hari ini, bolehlah kongsikan info bantuan UEL ini di Facebook & Group Whatapps yang terlibat. Atau mungkin anda sendiri boleh menghubungi no tertera dan maklumkan kepada wakil UEL.
Minta jasa baik anda semua untuk SHARE berita baik ini supaya bantuan anda dapat dihantar segera mungkin kepada mereka yang memerlukan.
InsyaAllah dengan perkongsian yang diberikan ini, anda bakal memperoleh nikmat rezeki di kemudian hari.

