Betul Ke Konten Ebit Lew Dan Mondy Tunggang Agama?
Siapa tidak mengenali figura kegiatan dakwah terkenal Malaysia, Ebit Lew.
Baru-baru ini telah tular kisah beliau yang berkongsi saat beliau berada di Jakarta, Indonesia untuk menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal gelandangan yang bertatu.
Wanita yang dikenali sebagai Mondy itu mempunyai tatu di muka dan kini sudah tampil berhijab.
Difahamkan, Mondy merupakan ibu tunggal yang menyara seorang anak kecil berumur 4 tahun dan dia bekerja sebagai penyanyi jalanan untuk mencari nafkah.
Usaha baik Ebit Lew sering dipuji netizen di Malaysia apatah lagi dia bukan sahaja membantu rakyat kita tetapi juga kelompok masyarakat di luar negara.
Namun, timbul pula dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa Ebit Lew ini ‘menunggang’ atau menggunakan wanita Indonesia bernama Mondy itu untuk kepentingan peribadi.
Adakah ini plot twist di sebalik kisah bantuan Ebit Lew kepada Mondy ??
Menurut perkongsian mereka, dia bukanlah gelandangan dan sebenarnya merupakan seorang pempengaruh yang membawa imej punk di Indonesia serta mempunyai pendapatan mewah daripada statusnya sebagai influencer itu.
Ada juga yang mengatakan jika Mondy hidup susah, tak mungkin dia boleh membuat tatu sebanyak itu dan juga memakai braces.
Malah ada juga video dari TikTok Mondy yang memaparkan wanita itu pernah menjadi model dan juga pernah dijemput dalam satu rancangan bual bicara.
Selepas disantuni oleh Ebit Lew dan berhijab, Mondy kini berada di Malaysia dan membuat live di TikTok menjual produk makanan dikeluarkan oleh pendakwah tersebut.
Sementara itu, segelintir netizen juga mempersoal tentang mereka yang sangat menyanjunginya sehingga terlupa atau ‘tolak tepi’ tentang kes mahkamah Ebit Lew yang masih berjalan membabitkan gangguan seksual.
Sehingga kini, masih belum ada penjelasan daripada pihak Ebit berkenaan dakwaan daripada netizen yang mencurigai status sebenar Mondy yang dikatakan gelandangan itu.