
Pengkelasan B40, M40, T20 Bakal Dihapuskan
Sejak COVID-19, kita sentiasa dengar mengenai terma golongan B40, M40, dan T20. Terutama ketika bantuan daripada kerajaan dihulurkan kepada rakyat yang terkesan dengan ekonomi pasca COVID-19.
Sementara kita semua diklasifikasikan mengikut kelas pendapatan, penting juga sebenarnya untuk kita faham di mana kita berada dalam kategori B40, M40, dan T20 ini.
Siapa B40, M40, T20?
Pengkelasan pendapatan | Takrifan | Butiran |
B40 | Bottom 40% | Kumpulan berpendapatan rendahPendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan |
M40 | Middle 40% | Kumpulan berpendapatan sederhanaPendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan hingga RM10,970 sebulan |
T20 | Top 20% | Kumpulan isi rumah tertinggiPendapatan isi rumah melebihi RM10,971 sebulan |
Namun, berita terkini daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh selepas pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.
Objektif utama penghapusan ini dibuat supaya kerajaan dapat meminimumkan ralat pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji.

Kerajaan cuba meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji serta bagaimana perkara ini perlu dijalankan secara berperingkat.
Kerajaan akan melaksanakan satu demi satu termasuk bantuan sosial yang disepadukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
Pada minggu ini, di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN), sudah mula dibincangkan mengenai simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya.
Penghapusan Pengkelasan B40, M40, T20 Mampu Direalisasikan
Perkara ini mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan
Langkah ini sekaligus selari dengan matlamat negara untuk menyepadukan bantuan sosial seiring pendapatan boleh belanja bersih isi rumah di Malaysia.