Matawang Baru Akan Diperkenalkan bersama Projek Misi Farms.
Baru-baru ini, Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi telah berjaya menyatukan hati-hati rakyat Malaysia untuk membuat kutipan melebihi RM9 Juta bagi membantu adik Naail. Sekal ilagi, Founder Misi berjaya dalam usahanya mengutip derma sebanyak RM9 Juta bagi membantu adik Athif.
Terkini, beliau yang giat membangunkan Projek Misi telah menggemparkan rakyat dengan mengumum akan memperkenalkan matawang sendiri atau Misi Coin bersama Projek Misi Farms.
Ada yang mengecam ada pula yang bertindak mendengar penjelasan Founder Misi terlebih dahulu.
Di bawah ini kami kongsikan perjelasan awal oleh saudara Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi , Founder Misi Rakyat.
Apakah Misi Coin Digital ini?
Bukan Fizikal dan Bukan Crypto ya. Kita tidak link dengan mana2 di luar sana.
Misi Coin Digital ini adalah Coin Digital yang diwujudkan hanya untuk ekosistem di dalam applikasi Misi ini sahaja.
Sebelum saya cerita tentang Coin ini, kita cerita dulu tentang projek Misi Farms.
Semua tahu, kita ingin bangunkan Hub Misi Farms seluruh Malaysia tidak lama lagi kan.
Matawang ini bukan crypto dan saya akan berikan kepada anda secara percuma untuk dimiliki. Nilai matawang ini semakin meningkat bersandarkan ekonomi baru yang dimonopoli oleh rakyat sendiri. Rakyat akan jadi the biggest kartel di bidang pertanian dan penternakan very soon.
Rakyat nak menyumbang untuk projek Misi Farms ini melalui sistem Crowdfunding Misi kerana ingin bersama membina pasaran baru untuk kawal harga sayur, buah, ayam, daging dan lain-lain.
Beerti giliran rakyat pula menentukan harga di pasaran, bukan lagi pihak kartel yang telah lama monopoli pasaran.
Dimiliki Penuh Oleh Rakyat
Ekosistem baru ini akan dimiliki penuh oleh Rakyat sehingga setiap sen duit masuk dan keluar boleh dijaga oleh rakyat bersama-sama. Transparent dan telus.
Maka, ramai yang akan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing walaupun RM1 seperti mana misi bantuan yang kita pernah usahakan sebelum ini.
Jadi, selalunya apabila anda menyumbang, anda tidak mengharapkan apa2 pulangan kerana anda hanya menyumbang untuk tujuan kebaikkan.
Tetapi Founder sengaja wujudkan Misi Coin Digital untuk dihadiahkan secara percuma kepada semua penyumbang.
Bahasa mudahnya, anda menyumbang untuk Misi Farms.
Tetapi Founder sengaja wujudkan Misi Coin Digital ini untuk anda dapat benefit beberapa tahun kemudian.
Adakah Misi Coin Digital ini ada nilai?
Tidak, Misi Coin ini tiada apa-apa nilai di saat ini.
Tetapi ia akan ada nilai sebaik sahaja projek Misi Farms ini sudah mula setup hub jualan dalam setiap kawasan seluruh Malaysia.
Tabung Reserved Ringgits
Proses Jual Beli dari ladang hingga ke end user ini akan ada lebihan profit yang terbina dan kita akan simpan lebihan ini di dalam tabung Reserved Ringgits.
Tabung Reserved Ringgit inilah yang akan memberi nilai kepada Misi Coin masing-masing.
Jumlah Misi Coin Digital yang dilancarkan untuk projek Misi Farms ini adalah sebanyak 100 Ribu Unit Misi Coin. Sangat Limited!
Jika Tabung Reserved Ringgit mempunyai 10 Juta Ringgit, Beerti nilai 1 Misi Coin ialah RM100
Misi Coin digital ini umpama saham anda di dalam projek Misi Farms ini.
Saya berikan percuma sekarang kerana saya mahu anda semua miliki kekayaan dari ekonomi baru ini yang akan semakin terbina nanti.
Anda boleh membeli apa sahaja di Misi menggunakan Misi Coin ini apabila ia telah mula mempunyai nilai.
Ekonomi yang sudah terbina di Misi di saat ini adalah Food Delivery.
Nanti akan ada marketplace barang, services, booking hotel, flight dan macam-macam lagi.
Semua ini boleh dibeli dengan Ringgit Malaysia ataupun Misi Coin Digital yang anda miliki.
Setelah Reserved Ringgit ini semakin besar, barulah kita akan kukuhkan pula dengan Emas.
Ada Misi Coin Akan Berjaya?
Tiada siapa yang tahu. Pada kami, Founder Misi mempunyai banyak idea yang ‘rare’.
Namun adakah ianya berjaya atau hanya tinggal impian dan angan-angan?
Sama-sama kita nanti dan saksikan.