usaha murni ebit lew

Ebit Lew Terpaksa Tangguhkan 20 Bas Hantar Pelajar Pulang Gara-gara…

Dalam muat naik status Facebook terkini oleh Ustaz Ebit Liew, beliau memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan perjalanan 20 buah bas menghantar pelajar pulang ke rumah.

Kebanyakan pelajar ini memerlukan bantuan selepas pengumuman pendaftaran secara sua muka di Universiti terpaksa ditangguhkan akibat peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

Dalam muat naik ini juga, Ustaz Ebit Lew turut memohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Vice Cancellor Prof Data selepas mereka menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka.

Kenapa Merera Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka oleh Ustaz Ebit Lew?

Aku perhatikan, rata-rata netizen tidak memahami kenapa Ebit Lew perlu memohon maaf.

Mungkin kerana secara urusan penghantaran pulang yang terdahulu, Ustaz Ebit Lew dikatakan tidak mengamalkan amalan SOP norma baru dengan betul. Ada juga mendakwa, ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengan usaha murni Ebit Lew ini. Mungkin risau dikatakan mereka sebagai pihak tidak bertanggungjawab

Trip Pertama Penghantaran Pelajar Oleh Ustaz Ebit Lew. Kredit: FB Ebit Lew

Tiada salah pun usaha Ustaz Ebit Lew ini. Beliau memulakan usaha ini pun selepas mendapat aduan daripada pihak pelajar sendiri. Kami pasti beliau langsung tiada kepentingan dalam berpolitik. Kami pasti usaha beliau tidak mendatangkan keuntungan duniawi langsung.

Apa pun yang terjadi, kami sangat menyokong usaha Ustaz Ebit Lew ini. Dalam keadaan sekarang ini, bukanlah masa terbaik untuk bertelingkah. Yang terbaik, kita perlu sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Dalam cerita ini, pelajar memerlukan bantuan penghantaran pulang kerana pengajian tidak dapat diteruskan seperti biasa dan mereka sudah pun berhabis wang yang banyak untuk membuat persediaan. Dan hari ini mereka terdesak untuk membeli tiket pulang ke kampung. Lalu Allah SWT hantarkan bantuan melalui Ustaz Ebit Lew.

Jadi, kenapa Ustaz Ebit Lew perlu membuat permohonan maaf secara terbuka??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge