khasiat santan kelapa

Khasiat Santan Segar Yang Masih Ramai Belum Tahu.

Buah kelapa dikenali sebagai sebuah tanaman yang memiliki sejuta kebaikan. Dari kayu kelapa hinggalah kepada air kelapa, semuanya boleh digunakan sama ada untuk makan atau minum mahupun untuk ubat-ubatan. Daripada santan kelapa yang di parut atau lebih dikenali sebagai hampas juga memiliki manfaatnya tersendiri.

Ramai yang menganggap santan kelapa menyumbang kepada lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, santan mengandungi banyak khasiat yang diperlukan tubuh badan. Malah kita digalakkan untuk mengambil masakan yang mengandungi santan kelapa setiap hari….

Santan Kaya Fosforus

Kita seringkali percaya khasiat kalsium daripada susu sudah cukup untuk membuatkan tulang kita kuat dan sihat. Itu tidak tepat kerana badan kita memerlukan fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang yang sihat, kuat dan kukuh.

Percaya atau tidak, santan mengandungi fosforus yang tinggi. Seperti mana minyak kelapa, santan juga mengandungi asid lemak rantaian sederhana.

Khasiat Santan Untuk Penghidap Kencing Manis

Selain itu, tahap asid laurik tinggi santan dalam badan juga menukarkannya kepada monolaurin. Asid laurik berperanan sebagai bahan yang berfungsi sebagai antiviral dan antibakteria. Sekaligus menjadikan tubuh bebas daripada jangkitan dan virus. Bahan itu boleh membantu menurunkan kolesterol LDL sekali gus memberi manfaat kepada penghidap diabetes.

Santan Kaya Antioksidan

Santan juga kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada gangguan radikal bebas serta melambatkan proses penuaan. Selain itu, keperluan vitamin C dan zat besi dalam santan, masing-masing amat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan serta menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah (baik untuk anemia).

Malah kandungan serat makanan terdapat dalam santan juga mampu membuatkan perut anda mudah kenyang dan bertahan lama. Ini sangat baik untuk mengawal berat badan.

Santan Sesuai Untuk Penghidap Hipertensi

Bagi penghidap penyakit hipertensi, pengambilan santan bersama air kelapa yang mengandungi potasium sangat baik dalam menstabilkan tekanan darah.

Khasiat zat zink dalam santan sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat dan membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.

Bagi melengkapkan nutrien, santan juga adalah suplemen multivitamin dan multimineral semula jadi mengandungi pelbagai vitamin iaitu E, B1, B3, B5, B6 serta mineral penting seperti folate, selenium, sodium dan kalium.

Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap produk tenusu seperti susu lembu atau kambing, santau boleh menggantikan bahan tersebut. Ini kerana, santan tidak mengandungi laktosa. Ada juga yang membuat kopi dan memasukkan santan sebagai pengganti susu pekat.

Santan kelapa yang diminum mampu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdarah, busung, demam panas dan penawar racun.

Perkongsian daripada Dr. Norzaidi Zakaria

Baca juga: Khasiat Petai Untuk Kesihatan Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge