
Resipi 5Minit: Serawa Durian Yang Ringkas Dan Sedap
Tahun ini, kemeriahan musim durian tidak dirasai sangat. Berbanding tahun sebelum ini, bila tiba musim durian, gerai-gerai yang menjual durian di tepi jalan pasti dipenuhi pelanggan. Lepak makan durian di tepi jalan bersama kawan-kawan pasti menyeronokkan.
Jelas, kerana pandemik Covid-19, kita sudah tidak boleh melakukan norma biasa. Perlu diamalkan norma baru dalam kehidupan kita sekarang ini. Jadi, aktiviti lepak beramai-ramai perlu dikurangkan demi mengekang penyebaran wabak pandemik ini.
Agaknya, durian yang banyak dijual di tepi jalan itu sudah habis dijual atau lebih banyak yang rosak?
Bila dah banyak sangat durian, ada sampai tak lalu dah makan. Jangan dibuang begitu sahaja. Jadi lebih inovatif. Jadikan lebihan durian itu menu-menu lazat lain yang diinspirasikan daripada durian.
Contohnya, serawa durian, kek durian atau bubur durian atau kuah durian..menu ini senang sahaja untuk dimasak.
Jom kami kongsikan resipi serawa durian yang ringkas dan senang. Lepas ini tak perlu beli di kedai Makcik Kiah dah..

Resipi Serawa Durian
BAHAN-BAHAN SERAWA DURIAN:
- 6 ulas durian
- Santan pekat secukup rasa.
- 1 sudu besar gula/ gula perang.
- 1 sudu kecil garam
- 3 helai daun pandan disimpul rapi
- 1 cawan air (nak lebih pekat, kurangkan air)
CARA MEMASAK SERAWA DURIAN:
- Masukkan gula ke dalam air bersama 1 helai daun pandan yang disimpul. Kemudian, tapis dan masukkan campuran ini ke dalam periuk di atas api kecil.
- Masukkan santan pekat dan gula. Juga secubit garam.
- Masukkan baki daun pandan dan 6 ulas durian. Tak perlu asing bijinya.
- Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Pastikan santan tidak berketul dan tidak pecah minyak.
- Kacau sehingga isi durian tertanggal daripada biji.
- Agak-agak kuah dah pekat mengikut citarasa, angkat dan hidangkan. Kalau terlebih pekat, masukkan air mengikut kesesuaian.
Serawa durian sudah pun sedia terhidang. Resipi dan cara buat serawa durian ini sangat ringkas kan. Bahan-bahan pun mudah didapati.
Apa yang ditunggu lagi, bolehlah dimakan bersama roti atau pulut.
#resipiserawadurian #resipi5minit
Bagus juga nak buat resipi ni, boleh makan time PKPB
Geng Borak recently posted…Amalkan Doa Ini Apabila Rindukan Seseorang