Macau Scam Malaysia

Seronok Baca Diari Forensik Berkongsi Tentang Penggubahan Wang Haram Oleh Datuk Macau Scam

Tengok kes money laundering yg mengaitkan Shuib Sepahtu dengan Datuk/Datin Macau Scam, teringat aku subject Money Laundering and Specialized Fraud masa amik master in forensic accounting.

Topik ni mmg berkaitrapat dgn Scam Macau yang menipu orang ramai (mendapat wang haram dgn cara menipu) – ini adalah specialized fraud. Specialized fraud di Malaysia ni ada banyak, antaranya Love Scam (janda kesepian kena tipu duit dengan pak hitam), scratch and win, black money, blackmail naked photo etc.

Macau Scam modus operandi dia, dia akan call mangsa yg mereka ada issue dgn credit card, mahkamah, LHDN , kastam dengan mengatakan mereka berhutang dgn pihak yg disebut, so mereka terperdaya lalu memberi bayaran, ada yang kena tu, makcik pakcik kena bayar sampai RM10,000. So, kalau tengok kekayaan Datin Alya & husband ni mmg mewah gila lah. untung besar beb.

The ill-gotten money perlu dicuci, maka mereka perlu mencari platform yang sah untuk disucikan, di sini lah jenayah money laundering bermula.

Combine these 2: Money Laundering and Specialized Fraud.

Modus operandi money laundering ini ada 3 Peringkat:

1. Peringkat Placement

Peringkat ini, money launderer perlu mencari medium utk memasuki wang mereka ke dalam sistem ekonomi. Kes pelupusan wang haram ini selalu menggunakan transaksi tunai. kalau tgk operasi mafia, dadah semua; pakai cash. Kalau nak launder, mereka perlu bijak. Tapi datin alya ni kurang bijak. dia spend lavishly on party, kereta mewah, beli cream Lamer Jlo sampai 9k secara tunai. Anti Aging Cream ni botol kecik tuh RM1k. Awet muda kau. dia berbelanja atas diri sendiri.

Money launderer yang bijak takkan sebodoh itu. Mereka akan gunakan kaedah smurfing (tau cartoon smurf kan). Membahagikan wang kepada pihak ketiga dalam bentuk amaun yang kecil. let say you have 3 million cash, you will allocate 100k each to 30 people or more. and then, i will give them fee. kalau kena tangkap dan confiscated, ur money will be safe.

Sebab kalau terus masuk amaun yang besar atau kecil2 ke satu akaun, BNM mmg dah ada mechanism yg diletakkan di bank2 malaysia. Bank yg menerima amaun yg banyak akan trigger STR (suspicous transaction record) dan CTR (Cash threshold report) berdasar amaun dan recurring transaction. Pihak bank kena laporkan kepada BNM.

So, money launderer yang bijak, peringkat pertama; jgn tunjuk sangat berharta sangat. Sorok2 skit. gunakan banyak mule account. baru susah nak trace.

2. Layering

Peringkat layering di mana, mereka perlu menutup trail wang itu ke dalam perniagaan, aktiviti yang sah. Jadi, Shuib Sepahtu adalah prime target utk partnering buat franchise Bubblebee. Mamat kulaan ni lurus bendul. senang nak kitai. Dia bernasib baik. kalau hanya datin alya ni sahaja yg bukak bubblebee dgn dia; kalau jawap saya tak tau pun duit haram tu haram; mmg kira bersubahat.

Tapi dalam mana2 franchise business, bila nak bukak cawangan, mereka kena submit financial statement, sumber kewangan, ; all due diligent to show the money is coming from legal source. Mungkin Shuib Sepahtu takde framework or process for KYC. Bukan dia saja kot, ramai lagi kat luar. bila org bawak duit cash berkepuk2, rasa kagum. orang bagi duit cash 20-30k, sanggup jadi keldai dadah.

Macam bank atau mana2 institusi kewangan, ada KYC – know your customer diligent. Ini termasuk Insurance/takaful, broker saham, peguam, akauntan etc. Kalau tgk cerita The Firm (law firm yang deal dgn mafia yg dilakonkan oleh Tom Cruise) atau The Accountant – Ben Affleck (akauntan yg autism menolong terroris menutup trail money). All sort of professions boleh terlibat dgn money laundering.

kalau tengok perniagaan mcm kedai-kedai tayar, rumat urut, along, atau mana2 F&B restaurant, Laundry outlet ke, or business, yang tak berapa nak maju; tapi boleh bertahan selama 2-3 tahun. ini mungkin perlu disiasat.Peringkat layering, ia sudah memasuki pintu ekonomi secara legal.

3. Integration

Peringkat integration di mana real purchase of big value macam beli property cash melalui syarikat, beli kereta, beli painting etc dari peringkat layering di atas. di sini, mereka akan menjual semula2 aset2 yg diperolehi secara haram. kalau nak trace peringkat ni, well, duit banyak sebab jual property, jual tanah, jual kereta mewah. sini, kira dapat balik duit yg dicuci secara legal.Specialized crime ni, ada red-flags yg diperhatikan oleh pihak berkuasa (SPRM, PDRM, LHDN etc).Contohnya, u spend lavishly on baby shower lah, kereta mewahlah, tapi tak tahu punca. Mcm kes SPRM utk TLDM lumut, satu department procurement bersubahat dgn head of department utk menyeleweng. Pegawai pangkat biasa. tapi sangat bermewah, pergi meeting naik kereta lambo, pakai rolex etc. nampak perbelanjaan tidak setara dgn pendapatan.

Atau kes klasik 90-an, Aman Shah yang songlap duit bank, pakai kereta mewah tunjuk dalam tv padahal gaji RM1800. semua ni, akan trigger redflag to authority to investigate.

Ingat kisah alcapone mafia di US yang tumbang kerana lari dari membayar cukai? Dari situ, polis dgn IRB korek sumber kewangan haram beliau.Yang dok tayang kekayaan kat facebook, instagram, tiktok ke. LHDN ada unit pemantauan Media Sosial. DIaorang perhati je yang tunjuk gambar cash mcm Datin Alya tuh. Unit ini juga buat penyamaran kat kedai2 makan yg viral yg beratur panjang. Observe berapa banyak customer time peak hour; tiba2 dapat surat layang dari LHDN.

Kesimpulannya, ni Macau Scam peringkat kampung.

Belum cerdik sangat. sesapa nak cuci duit, meh jumpa aku. aku ajar cara yang betul; bayar fees consultant pun kira dah cuci 😂😂😂.

Tips to be a good money launderer:

  • 1. Jangan kedekut – spend la lebih skit kat keldai atau mule, dah kau dapat duit haram dgn modal air liur lagi nak kedekut. Dont be so greedy lah.
  • 2. Jangan menunjuk2 – tapi kesian la kan ada duit berkepuk2 tapi tak leh show off. lebih baik takde duit.

Kredit: Zayed Zulfikli

2 Replies to “Seronok Baca Diari Forensik Berkongsi Tentang Penggubahan Wang Haram Oleh Datuk Macau Scam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge