
Program Subsidi Upah 2.0: Mohon Segera Bantuan RM600 Sebulan
PSU dan PSU 2.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif tambahan khas iaitu KITA PRIHATIN. Program ini merupakan Program Subsidi Upah (PSU) telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang kini menerima PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baharu mulai Oktober 2020. Program PSU ini dikenali sebagai PSU 2.0.
Program ini juga dikhususkan kepada majikan yang mengalami kadar penurunan sekurang-kurangnya 30% atau lebih bagi nilai jualan atau pendapatan tahun semasa berbanding dengan tahun sebelumnya.

Program ini juga akan memastikan majikan tidak dibenarkan untuk membuang pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dalam tempoh menerima bantuan ini.
Majikan yang mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji pekerja selepas berunding dengan pekerja dan tertakluk kepada peraturan atau peruntukan undang-undang yang berkenaan, boleh terus menyertai program ini.
Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah PSU walaupun membuat caruman bulanan PERKESO?
PSU adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui pakej PRIHATIN termasuk PSU 2.0 untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka.
Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
Program Subsidi Upah 2.0 telah mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.
Tarikh akhir permohonan PSU 2.0 adalah pada 31 Disember 2020.
Syarat Kelayakan PSU 2.0:
- Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
- Majikan mengalami kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih, pada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
- Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 September 2020.
- Bagi majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.
Untuk makluman majikan, terdapat had bilangan pekerja yang boleh dituntut mengikut saiz organisasi atau perusahaan masing-masing. Had bilangan adalah seperti berikut:
- 75 orang pekerja dan ke bawah : 75 orang sahaja layak
- 76 hingga 200 orang pekerja : 200 orang sahaja layak
- 201 orang pekerja dan ke atas : 200 orang sahaja layak
Manakala kadar bayaran bagi majikan adalah seperti berikut:
- Pemohon sedia ada: RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan
- Permohonan Baharu PSU 2.0: RM600 sebulan setiap pekerja selama 6 bulan

Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar di bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang psu.perkeso.gov.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau layari laman sesawang eiscentre.perkeso.gov.my.