Jika Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) GAGAL, Apa Perlu Anda Buat?

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan inisiatif atau lebih dikenali Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 27 Mac 2020. Bantuan ini diperkenalkan melalui  Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Kategori mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah – Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
  2. Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 – Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
  3. Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah – Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
  4. Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 – Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.

Dua Sebab Gagal Menerima BPN:

  1. Pendapatan anda melebihi syarat minima kelayakan seperti di atas.
  2. Anda tidak menerima maklumat anda.

Tindakan Seterusnya:

Tetapi jika anda rasa anda layak untuk mendapat Bantuan Prihatin ini tetapi gagal atau jumlah yang anda dapat tidak seperti mana anda LAYAK, bolehlah membaca perkongsian Cek Ifa di bawah:

1# Status yg telah lulus utk BPN tidak boleh dikemaskini dan tidak boleh dibuat rayuan krana sistem telah mnarik data anda ktika anda mndftar BSH atau e-filling dan sbagainya.

2# Data boleh dikemaskini sekiranya kerajaan membuka untuk permohonan BSH akan dtang dan anda boleh kemaskini data dari bujang ke kahwin.

Lulus Permohonan BPN, Tapi Tersalah Nombor Akaun?

Sekiranya anda telah bercerai dan BPN ini lulus untuk kategori isi rumah. Status perkhwinan tersebut tidak dapat diubah. Anda boleh mengemaskini maklumat di pengkalan data LHDN atau BSH nanti.

SEMAKAN STATUS BPN

Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my

Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.

Sekiranya anda masih seorang yang layak tapi masih belum memohon ataupun permohonan anda gagal sebelum ini, anda bolehlah membuat permohonan dengan segera di mana-mana portal rasmi kerajaan dibawah:

Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN ini mula dibuka dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge