bantuan Prihatin 2.0

Tiada Permohonan Untuk Dapatkan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0

Selepas dua jam pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan isi utama tentang kejayaan beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, satu siaran langsung oleh Perdana Menteri Malaysia telah diadakan.

Menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.

Lanjutan daripada Bantuan Prihatin Nasional yang telah diagihkan kepada mereka yang layak sebelum ini, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dijadikan sebagai bantuan tambahan dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

PM umum BPN 2.0 Berjumlah 7 bilion

Du bawah BPN 2.0, senarai jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah seperti berikut:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Kredit: Astro AWani

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan dalam pasaran kerja, Kerajaan amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam fasa pemulihan ekonomi.

Dalam pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan, Kerajaan telah menyediakan sejumlah RM15.3 bilion bagi membiayai program subsidi upah atau wage subsidy kepada sehingga 3.3 juta orang pekerja.

Untuk makluman, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Rayuan BPN

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu. Manakala bagi mereka yang gagal, boleh mencuba mengemukakan permohonan rayuan BPN mengikut prosedur yang disediakan.

Bagi yang berstatus Tidak Lulus, namun memiliki cukup syarat untuk menerima BPN, anda berpeluang untuk membuat rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge