syarat sewa rumah

“Tuan Rumah Inginkan Penyewa Rumah Kerja Kerajaan Saja” Ini Reaksi WargaNet..

Baru-baru ini tular gambar perbualan antara si pencari rumah dan pemilik rumah sewa. Pemilik rumah sewa telah menolak permohonan pasangan yang sedang mencari rumah sewa hanya kerana status pekerjaan mereka. Sebab pemilik rumah sewa terpaksa menolak permohonan kerana hanya inginkan penyewa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan sahaja.

Kami difahamkan pasangan yang mencari rumah untuk disewa bekerja sebagai pemandu lori dan ejen takaful. Pada pendapat kami, kerjaya pasangan yang mencari rumah sewa ini memberi pendapatan yang mencukupi, namun masih ditolak oleh pemilik rumah sewa. Mungkin beliau hanya inginkan penyewa yang mempunyai pendapatan yang lebih stabil terutama ketika musim pandemik yang menjejaskan banyak pekerjaan.

Kami turut tertarik dengan respon orang ramai yang kebanyakannya menyebelahi si pasangan pencari rumah sewa.

Pemilik Rumah Sewa VS Penyewa . Respon WargaNet

“Itu adalah hak tuan rumah utk memberi sewa atau x..kdg2 kita rasa x adil..tapi itulah hakikatnya..” – Mohd Shuhaimi Ishak

“Haha dia mcm ni min.. kalau kerja kerajaan ni confirm mampu bayar bulan2..x de alasan kene buang keje.. mungkin laa itu yg owner house fikir.. tapi dia lupa dari buat rumah dia tu jd rumah hantu menunggu orang kerajaan sewa dimana rata2 mereka kalau ada kuarters lg memilih duduk di kuarters..hahh jadi laa rumah terbiar..itu yg dia nak.. biar laa min.. pilihan dia.. cari je la rumah lain.. mcm owner house sy dia prefer orang keje tetap and bukan jenis keje travel..dan prefer Melayu.. senang nk jumpa kalau incase nk tuntut duit sewa.. tp aku bank in je.. cuma start pkp ni laa sesak sikit.. bayar2.. tp lambat hari..🤣 nasib dia okay..”Aien Lufea

“Hai nk sewa umah pn nk tnggu kerja kerajaan ke…x semua pekerja kerajaan nk sewa umah baik dia dduk kuarters kerajaan atau terus beli umah….melainkn dia perantau je…” – Asliyan Kasim

“Nampak cara dia jwb, polite je. Mungkin pernah ada ‘peristiwa hitam’ dgn penyewa sebelumnya, dan mahu elakkannya dr berulang.”N Jurianee Ezanee

“Dia xtahu kerja ejen takaful boleh jd jutawan…….kesian dia nk cari penyewa kerja kerajaan jer.”Mas Marliana Ikhwan

“Petua jika nk sewa rumah kita set masa jumpa depan2 pastu baru cite harga deposit bagai… Masa tu kalau kita minat terus push tuan rumah kita nak dan bayar deposit masa tu… Nak lagi best kita ckp nk deposit guna online dan minta no akaun… Sy sendiri kena tapis tapi sy guna petua camtu la… Sb jika deal lalu wasap memg kita di perlekehkan je”- Rider Johor

“Cer bagi deposit setahun kat tuan rumah tu. Mesti mengelupur suh sign kontrak sewa.Insyaa Allah ada rumah sewa lain untuk awak nanti.Sabarlah.”Tipah Isa

“Berlagak betui.jgn pandang serong..ramai kwn sy bwa lori gaji 6k keatas..dan ada juga gov yg aku kenal..gali lubang tutup lobang” – Zan Mizan

Sebenarnya, daripada isu ini, banyak pengajaran dan tips yang boleh digunapakai oleh kita semua. Sebagai pemilik rumah sewa, mungkin anda boleh bertolak-ansur dan memberi satu peluang kepada penyew yang benar-benar memerlukan rumah sewa tersebut.

Sebagai penyewa pula, janganlah disia-siakan peluang dan ruang yang diberi. Kena buktikan yang anda bukanlah orang biasa-biasa.

Seronok membaca komen-komen daripada warganet di posting Penyewa vs Pemilik Rumah Sewa ini. Banyak tips juga.. baru kami tahu, driver lori tanker berpotensi mempunyai pendapatan sehingga RM8 ribu, dan ejen takaful juga mampu meraih pendapatan sehingga melebihi RM10K sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge