omicron_pertama_Malaysia

Kes Pertama Varian Omicron Di Malaysia Dikesan

Kes pertama varian COVID-19 baharu, iaitu Omicron dikesan di negara ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy memaklumkan kes tersebut dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menurut Khairy, kes pertama tersebut melibatkan seorang individu bukan warganegara berusia 19 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Difahamkan, kes baru pulang dari Afrika Selatan atas urusan melawat keluarga dan masuk ke PMA KLIA melalui Singapura.

Kes telah menjalani arahan kuarantin wajib seorang diri di penginapan khas yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Tambah Khairy, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas khas yang disediakan universiti.

Dalam pada itu, ujian saringan telah dijalankan ke atas lima kontak rapat termasuk pemandu bas dan keputusan bagi sampel pertama dan kedua adalah negatif.

Difahamkan, kes juga telah lengkap menerima vaksin Pfizer pada 29 September lalu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge