
Cara Mohon Gantian MyKad / Kad Pengenalan Secara Online
Proses memohon gantian MyKad tidaklah serumit proses membuat kad pengenalan baru atau gantian MyKad yang hilang buat kali kedua atau lebih. Anda boleh memohon gantian MyKad secara online. Tidak perlu memohon di kaunter.
Berikut kami kongsikan cara memohon gantian MyKad.
- Layari : https://www.jpn.gov.my/my/
- Pilih perkhidmatan Kad Pengenalan
- Kemudian pilih – PERMOHONAN GANTIAN MYKAD SECARA DALAM TALIAN
- Untung pengguna pertama kali, anda perlu mendaftar di Portal : https://www.malaysia.gov.my/portal/register
- Selepas pendaftaran anda disahkan, sila log masuk sekali lagi.
- Pilih permohonan Ganti Rugi.
- Klik “Setuju”
- Sila masukkan maklumat lengkap pemohon. ie: Nama Pemohon, No Kad Pengenalan, No Telefon Bimbit & email.
- Pilih jenis penggantian. ie: Gantian kerosakan fizikal kad, Gantian biasa, Gantian kerosakan cip, Gantian hilang kali pertama.
- Kemudian, anda perlu memilih pusat kutipan MyKad anda.
- Tekan pilihah ‘Teruskan”
- Anda perlu membayar bayaran yang dikenakan berdasarkan sebab gantian MyKad.
- Permohonan MyKad anda akan disiapkan dalam tempoh yang singkat.
- Anda perlu menyemak portal ini dan print resit untuk dibawa ke pusat kutipan MyKad.
Baca Juga: Cara Dapat Statement Maybank Untuk Mohon Pinjaman
Bayaran Gantian MyKad
Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.
Tempoh Permohonan MyKad Boleh Disiapkan
Mykad boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di Ibu Pejabat JPN dan JPN yang mempunyai mesin cetakan teragih. Bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan
dalam tempoh 5 hari bekerja.
Manakala 7 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak dan Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.
Kesimpulan
Kemudahan untuk gantian MyKad secara atas talian ini sangat memudahkan. Cuma, butiran dan maklumat anda termasuk gambar adalah menggunakan butiran yang sama. Jadi, anda akan berterusan nampak muda 🙂
