bank statement maybank

Cara Dapat Bank Statement Maybank Untuk Mohon Pinjaman

Jika sebelum ini, untuk mendapatkan bank statement bagi permohonan sebarang pinjaman bank, anda memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi kini tidak lagi. Semuanya di hujung jari, lebih pantas.

Kenapa perlukan bank statement ni? Penyata bank (bank statement) digunakan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan aliran kewangan. Dokumen ini penting dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Terdapat beberapa cara untuk melihat penyata akaun Maybank tanpa perlu pergi ke bank untuk mencetak buku simpanan yang boleh anda lakukan, iaitu melalui Mobile Banking Maybank dan Internet Banking (Maybank2u).

Namun, tidak semua sejarah transaksi akaun Maybank dapat memaparkan data secara penuh, contohnya jika Anda menggunakan Mobile Banking Maybank, ia hanya boleh digunakan untuk melihat sejarah akaun selama 7 hari sahaja.

Baca Juga: Dapat Free RM 10 dari ewallet MAE by Maybank

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Berikut adalah cara mudah mengetahui sejarah transaksi akaun Maybank yang boleh anda pilih dan boleh dilakukan sama ada dari telefon Android atau komputer tanpa harus pergi ke bank.

  1. Masuk ke Maybank2u.
  2. Pilih menu e-Bills & Statements
  3. Bergantung pada e-statement yang Anda cari, pilih Statement untuk Akaun Simpanan/Semasa/Akaun Pelaburan, Bills & Cards untuk Kad Kredit atau Loans untuk akaun Pinjaman/Pembiayaan Peribadi, Sewa Pembelian & Lain-lain Pinjaman/Pembiayaan
  4. Pilih akaun/kad pilihan Anda dengan mengklik View

Cara Langgan Penyata Maybank Online

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih e-Bills & Statements
  3. Pilih Statements
  4. Pilih alamat email yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata
  5. Masukkan kata laluan

Cara Dapatkan E-Statement Maybank Mobile Banking

Sila muat turun dahulu aplikasi mobile banking Maybank di Google Playstore atau App Store.

  1. Sila buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  2. Masukkan username dan password.
  3. Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik menu View untuk melihat secara detail.

Nota:

  • “Statement” – tengok Savings/Current Accounts/Mudarabah Investment Account/Combined Statement
  • “Bills & Cards” – Credit Card ATAU
  • “Loans” – Personal Loans/Financing, Hire Purchase & lain-lain jenis pembiayaan

One Reply to “Cara Dapat Bank Statement Maybank Untuk Mohon Pinjaman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge