intipati belanjawan 2022

BELANJAWAN 2022: RINGKASAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET

Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan / Bajet 2022 hari ini, Jumaat, 29 Oktober 2021, bermula jam 4.00 petang.

Bajet 2022 telah dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2022 Belanjawan Malaysia

Tema: 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera

Matlamat Induk Bajet 2022

  1. Rakyat Yang Sejahtera
  2. Perniagaan Yang Berdaya Tahan
  3. Ekonomi Yang Makmur Dan Mampan

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat bagi isi keluarga mengikut kategori berikut:

B40

  • RM 2,000: Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM 1,500: Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM 1,000: Tidak mempunyai anak

M40

  • RM 800: Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM 600: Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM 400: Tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan:

  • RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
  • RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas

Bujang

  • RM 350 : Bujang berpendapatan RM2,500
  • RM 600 : Warga emas bujang berpendapatan kurang RM5,000
  • Info Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia: Jumlah Bantuan BKM

2. Bantuan Awal Persekolahan

Tambahan bantuan sebanyak RM50 menjadikan jumlah bantuan RM150 akan diberikan kepada murid-murid bagi memulakan persekolahan

3. Diskaun PTPTN

Bayaran balik PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022 akan diberikan diskaun mengikut kadar berikut:

  • 15% bagi penyelesaian penuh hutang
  • 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

4. Skim Transaksi Tanpa Tunai e-Start

Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa IPT akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet

5. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

6. Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar

Inisiatif PSU akan diteruskan khusus kepada mereka yang berada dalam industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan 30% atau lebih

7. Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk mendapat sehingga RM 2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Selain itu, baucar Shop Malaysia Online akan digalakkan di perniagaan dan tempat tarikan pelancong

8. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bantuan khas kewangan akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah sebanyak RM700 dan pesara awam sebanyak RM350

9. Kereta Elektrik

Pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan (sehingga 100 peratus) bagi kenderaan elektrik.

10. Vaksin Penggalak Yang Dibiayai Sendiri

Pelepasan cukai individu dan potongan cukai majikan akan diberikan terhadap kos pengambilan vaksin penggalak yang dibayar sendiri.

11. Rokok Elektronik / Vape

Pengenalan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan vape.

12. Penajaan Program Kepakaran Doktor

Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi pegawai kontrak perubatan dan pergigian untuk program kepakaran

13. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar (Guru)

Bantuan RM 100 secara one-off kepada guru-guru sekolah di bawah KPM

14. PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pelajar IPT dari golongan keluarga B40 akan menerima sebuah tablet

15. Pelepasan Cukai Individu (Telefon Bimbit, Tablet Dan Komputer Riba)

Lanjutan pelepasan khas sehingga RM2,500 diteruskan hingga 31 Disember 2022

16. Program Baucar Perlindungan Tenang

Penerima bantuan B40 akan menerima baucar RM75 untuk pembelian produk takaful hayat dan kemalangan diri. Mulai 1 Januari 2022, baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans motorsikal 150cc dan kebawah

17. mySalam

Skop program diperluas bagi perbelanjaan stent jantung. Selain itu, skim ini diperluas kepada penerima BKM dan manfaatnya turut diberikan kepada anak penerima yang layak.

18. Faedah Pencen Penakat PERKESO

Di bawah Skim Keilatan, kadar pencen minimum dinaikkan kepada RM 550

19. Bantuan Khas Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA

Bayaran khas secara one-off sebanyak RM 500

20. Program MyKasih Kapital

Bantuan asas modal perniagaan serta bimbingan bagi menggalakkan golongan wanita menjana pendapatan dari rumah

21. Subsidi Kerusi Keselamatan Kereta Bagi Kanak-kanak

Subsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40

22. Cukai Keuntungan Harta Tanah

Tiada lagi cukai dikenakan bagi penjualan hartanah mulai tahun keenam dan ke atas

23. Pas Perjalanan Bas Dan Rel RM50

Pengguna terutamanya di Lembah Klang boleh mendapatkan pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga 50 ringgit sebulan

TEKS UCAPAN PENUH BAJET 2022

2 Replies to “BELANJAWAN 2022: RINGKASAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET”

Leave a Reply