cara daftar MAE

Cara Mudah Register e-Wallet MAE & Dapat Free RM10

Mungkin ada yang sudah pun aktif menggunaka e-wallet MAE yang dikendalikan oleh Maybank. Mungkin ada yang pertama kali atau tak pernah tahu pun pasal e-wallet MAE ini.

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone.

MAE menawarkan sokongan dompet digital (e-wallet) untuk memudahkan transaksi tanpa tunai oleh anda.

Salah satu objektif utama MAE adalah mengasingkan penggunaan wang perbelanjaan anda berbanding akaun bank Maybank biasa, sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja.

Anda juga boleh ‘track’ atau mengesan setiap transaksi perbelanjaan dan mengasingkan perbelanjaan mengikut kategori.

Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Angka peruncit ini akan terus ditambah dari hari ke hari.

Dengar objektif asas MAE pun dah best, apatah lagi bila mengetahui kelebihan yang boleh dinikmati sesiapa sahaja. Oh ya, anda juga boleh menjana duit tambahan dengan menyertai program Referral oleh pihak MAE.

Baca selanjutnya.

Kelebihan MAE Yang Sesiapa Sahaja Boleh Nikmatinya

1. MAE bukan sahaja digunakan untuk membuat pembayaran di peruncit, pengguna turut boleh menggunakan MAE untuk menerima wang daripada rakan-rakan, atau membuat pembayaran seperti menghantar wang kepada rakan, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah-nilai prabayar dan sebagainya.

2. Tiada beza apps M2U dan MAE. Semua ciri apps M2U ada di dalam MAE. Ianya mesra pengguna. Apps MAE disambung (link) terus dengan Maybank, jadi jika anda tidak top up MAE pun ia boleh digunakan untuk urusniaga di banyak peruncit lain.

3. Anda masih boleh menggunakan MAE jika tiada tunai di dalam akaun MAE. Ya, masih boleh digunakan asalkan akaun Maybank anda masih mrmpunyai baki yang mencukupi.

4. Pernah tak anda perasan logo Maybank QRPay di kedai-kedai yang anda pergi. Jika kedai tersebut menerima pembayaran melalui Maybank QRPay, ini bermakna anda juga boleh membayar menggunakan MAE. Ya, hari ini lebih 200,000 peruncit sudah mempunyai akses MAE. Angka peruncit ini akan terus ditambah dari hari ke hari.

5. Jika e-wallet boleh ditolak menggunakan Kad Touch&Go, MAE juga mempunyai kad fizikal. Tidak semua operator e-wallet menyediakan kad sebegini. Dengan kad ini, anda boleh ‘swipe’ di mana-mana peruncit yang menerima kad kredit / debit.

6. Maybank turut memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara.

7. Berbelanja dan dapat tunai kembali. Kami pasti dengan adanya fungsi CASHBACK ini, lebih ramai yang menggunakan MAE. Pengguna e-wallet MAE akan terus menerima cashback sebaik sahaja berbelanja. Lebih jimat!

8. Kebanyakan e-wallet hari ini menggalakan sikap menabung. MAE turut mempunyai fungsi TABUNG. Anda boleh menabung mengikut objektif tertentu seperti Tabung Pendidikan Anak, Tabung Travel dan sebagainya.

9. Apabila anda berbelanja menggunakan MAE, secara automatik, anda mempunyai rekod perbelanjaan (Expenses). Jika sebelum ini anda mencatat setiap perbelanjaan di notepad atau Money Manager, kini tugas anda lebih mudah. Anda hanya perlu menyemak perbelanjaan anda di apps MAE.

10. MAE adalah produk Maybank Islamic dan patuh syariah. Ini perkara paling penting bagi mengelakkan kita terlibat riba dalam keadaan tidak disedari yang pernah menjadi isu pada suatu masa dahulu ketika e-wallet mula-mula diperkenalkan.

11. Pengguna boleh jana duit tambahan. Bermula 18 Oktober 2021, Maybank telah melancarkan program refferal untuk pengguna baru MAE. Pengguna baru MAE yang mendaftar menggunakan kod MJB021011 akan dapat reward RM10 setiap kali download dan gunakan kod tersebut.

Cara Daftar Apps Maybank MAE & Terima Percuma RM10

  1. Download apps MAE by Maybank2U (Apple: https://apps.apple.com/us/app/mae-by-maybank2u/id1481028763 ) atau Google/Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maybank2u.life&fbclid=IwAR3keIV0wN5gXUhUTppx52s4tkgNjSZ0ILIJqxSlGSeXWpSgOw9uix1HZ3k)
  2. Buka apps MAE. Jawap semua persoalan awal. Tekan NEXT, NEXT dan NEXT.
  3. Anda perlu AGREE dengan terma dan syarat.
  4. Anda akan dibawa ke paparan utama apps MAE. Tekan LOGIN di bahagian atas kanan.
  5. Sekiranya anda pengguna baru MAE (masih tiada akaun MAE), pilih option di sebelah kanan – No Account? Apply for MAE account now
  6. Baca arahan seterusnya dan pilih NEXT
  7. Masukkan nama penuh dan Mobile Number anda
  8. Pilih jenis ID – MyKad .
  9. Continue dan Success.
  10. Verify Number Mobile anda- Proceed
  11. Masukkan OTP Num yang dihantar ke telefon anda
  12. Activate MAE Account Now
  13. Masukkan email untuk pengesahan
  14. Tick YES untuk PDPA & terma syarat
  15. Anda akan menerima notis pengesahan permohonan buka akaun MAE
  16. Jangan lupa gunakan Referral Code MJB021011 untuk nikmati tambahan RM10 !

Referral Code: MJB021011

One Reply to “Cara Mudah Register e-Wallet MAE & Dapat Free RM10”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge