cara buka akaun CDS

Cara Mudah Buka Akaun Saham CDS

AKAUN CDS, KENAPA MASIH RAMAI TERLEPAS PANDANG?

Pasaran saham secara am nya masih lagi asing bagi bumiputera di Malaysia. Mungkin kerana kita tidak pernah di dedahkan di peringkat awal kehidupan kita. Namun sejak milenium yang baru ini kita sudah mempunyai pelbagai akses untuk kita mendekatkan diri dengan  pasaran saham. Ianya tidak mudah tapi juga mustahil untuk dipelajari dan dikuasai. Hanya memerlukan sedikit usaha dan masa anda pasti boleh berjinak dalam bidang ini tetapi masih lagi tidak melepaskan kerja hakiki anda.

Secara amnya, pasaran saham adalah suatu tempat yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk sesebuah syarikat mengumpul dana bagi membolehkan mereka melaksanakan sesuatu projek atau mengembangkan perniagaan mereka. Dana tersebut diperolehi daripada modal yang dilaburkan oleh orang awam melalui langganan saham terbitan awam atau pun lebih dikenali sebagai ‘INITIAL PUBLIC OFFER’ (IPO). Duit tersebut yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk pelbagai tujuan yang telah dipersetujui oleh oelh ahli lembaga pengarah syarikat.

Bagi pihak awam pula, mereka akan memperoleh keuntungan apabila hasil langganan saham tersebut didagangkan di bursa Malaysia pada harga yang lebih tinggi dari harga terbitan. Selain dari itu juga, pihak awam boleh melanggan mana-mana saham syarikat sedia ada di Bursa Malaysia pada harga yang mereka suka dan seterusnya menjualnya Kembali pada harga yang lebih tinggi.

Setakat bulan Ogos 2021, sebanyak lebih kurang 13 syarikat telah menawarkan saham terbitan awam dengan kadar kenaikan apabila didagangkan pada hari pertama adalah sebanyak 50%. Manakala, saham- saham yang sedia ada di Bursa masih lagi ada yang menunjukkan kenaikan walaupun kita berada di era pandemic namun secara hakikatnya tidak semua sektor perniagaan yang terjejas. Sebagai contoh,sektor pengangkutan, kesihatan dan juga teknologi masih lagi bergerak ke hadapan dan masih mampu menjana keuntungan. Jadilah bijak dalam memilih syarikat yang sesuai untuk di langgan sahamnya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengunjurkan kepada anda semua untuk membuka akaun CDS pada waktu ini. Pendapat peribadi saya kuat mengatakan ini adalah waktu yang terbaik untuk anda bertindak kerana dengan keadaan pasaran saham yang bergerak perlahan, anda mempunyai masa yang banyak untuk betul-betul memahami selok-belok pasaran saham Malaysia.

Seperti kata pemain saham lagenda DAN ZANGER,”kita berada di pasaran saham yang lemah bukan untuk membuat keuntungan semata-mata tetapi adalah untuk bersedia apabila pasaran saham menjadi sihat dan baik,kita sudah bersedia untuk menggapai peluang yang ada dan membuat keuntungan yang berlipat ganda”.

Ambillah peluang ini disaat pasaran saham yang perlahan untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin dan mengenal keadaan pasaran saham Malaysia secara amnya. Saya ketengahkan kepentingan menuntut ilmu kerana dengannya anda boleh membuat pelaburan yang lebih bijak dan cermat bukan semata-mata mengikut ‘buycall’ kumpulan-kumpulan saham yang ada sekarang.

Pelaburan yang disertai dengan ilmu pastinya adalah pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lebih banyak. Pelaburan yang paling bermakna adalah pelaburan yang dalam menuntut ilmu. Jadi sekali lagi saya tekankan untuk anda ambil peluang ini buka akaun CDS anda dan belajarlah sebanyak mungkin disaat ini.

Melabur dalam pasaran saham sememangnya mempunyai risiko yang tinggi tetapi jika anda betul-betul telah bersedia,risiko itu dapat dikurangkan dengan banyak dan memungkin kadar pulangan yang lebih menguntungkan.

Dekatilah mana-mana agensi berlesen untuk membuka akaun CDS anda hari ini sebagai Langkah pertama untuk anda mengubah hidup anda dan menaikkan taraf ekonomi anda. Jadilah bangsa yang bijak dan buka mata anda kerana kita berada di zaman yang serba pantas dan kita perlu sentiasa berada di hadapan supaya apa sahaja peluang yang datang kita boleh manfaatkanya.

Sebagai Remiser yang berlesen dari Malacca Securities (MPLUS) cawangan Wangsa Maju saya menjemput anda Bersama kami untuk mempelajari dengan lebih dekat pasaran saham Malaysia. Kami akan membantu anda untuk menyediakan anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

Setiap pembukaan akaun CDS dengan kami anda layak untuk dapat:

  • Konsultansi khas dari Remiser yang bertauliah
  • Kumpulan sokongan dalam aplikasi Telegram
  • Rujukan untu sebarang masalah berkaitan pelaburan dan bursa
  • Rujukan tentang akaun cds
  • Rujukan tentang operasi pelaburan
  • Lain-lain perkhidmatan tentang akaun dan pelaburan

Malah kami juga menyediakan video-video pembelajaran atas talian, ulasan harian dari kumpulan teknikal yang bertauliah dan juga portal informasi berkaitan saham dan juga panduan untuk memilih saham- saham yang baik untuk anda mulakan pelaburan anda.

Mari Bersama kenali pasaran saham Malaysia Bersama kami kerana ia mungkin akan menjadi titik tolak perubahan hidup anda.

Boleh hubungi kami di Facebook page https://www.facebook.com/manstraders

Atau pun di aplikasi whatsapp https://wa.me/60129452523?text=Saya%20nak%20buka%20CDS

One Reply to “Cara Mudah Buka Akaun Saham CDS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge