Hilang RM29 Billion Dalam Masa 6 Jam
Sejak tengah malam sehingga ke awal pagi tadi, dunia media sosial seakan berehat seketika. Terutama aktiviti di Facebook, WhatsApp & Instagram. Mengikut laporan semasa, ketiga-tiga media sosial yang diterajui oleh syarikat Facebook tergendala dan mengalami masalah teknikal.
Rangkaian media sosial milik syarikat gergasi Facebook dilaporkan mengalami masalah teknikal selama kira-kira enam jam, sebelum kembali pulih pagi ini.
Punca sebenar masih belum dikenalpasti. Yang pasti, platform media sosial utama Facebook, Instagram dan WhatsApp dikatakan tidak boleh diakses sejak semalam.
Bagi sesetengah orang, 6 jam masalah teknikal bukanlah memberi kesan yang teruk. Namun, tidak bagi CEO Facebook, Mark Zuckerberg.
Beliau telah mengalami kerugian $7 billion atau kira-kira RM29 billion.
Memetik laporan The Sun, Zuckerberg turun satu tangga dalam senarai Bloomberg Billionaires Index, di belakang Bill Gates.
Menurut The Sun, rangkaian media sosial milik Facebook itu dikatakan gagal diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Manakala pengguna yang cuba mengakses laman sosial Facebook dan Instagram melalui komputer hanya terpapar pelayar putih dengan mesej “500 server error”.
Bagi pengguna aplikasi WhatsApp, rata-rata mengalami masalah untuk menghantar dan menerima pesanan. Mesej dikatakan gagal dihantar dan hanya ikon jam yang kelihatan pada mesej tersebut.
Pun begitu, ketiga-tiga platform laman sosial ini telah kembali pulih kira-kira dua jam lalu dan turut dimaklumkan oleh Zuckerberg dalam hantaran Facebooknya.
Zuckerberg turut meminta maaf kepada pengguna laman sosial Facebook, Messenger, WhatsApp dan Instagram kerana masalah yang berlaku.
“Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger dah kembali online sekarang. Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu betapa anda bergantung kepada servis kami untuk sentiasa berhubung dengan orang yang anda sayang.”
wow.. banyak nya, berbillion-billion tuuu.. saham turun
Geng Borak recently posted…WhatsApp Umum Tak Akan Sokong 52 Telefon Bimbit Mulai 1 November