Doa Bermusafir Untuk Diri Sendiri dan Orang Lain
Musafir adalah perjalanan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain. Perjalanan ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ia boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.
Rasulullah SAW juga telah mengajar para sahabat dan umat Baginda SAW mengenai sunnah semasa bermusafir agar setiap kesusahan dan kesukaran yang dihadapi tidak terlepas daripada mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Ramai di antara kita yang tahu doa menaiki kenderaan, tetapi tidak ramai yang tahu doa apabila kita bermusafir atau doa untuk dibaca kepada orang yang kita tinggal, atau doa orang ramai kepada orang yang bermusafir,dan banyak lagi.
Berikut adalah doa-doa yang boleh diamalkan ketika bermusafir.
1# Doa menaiki kenderaan
2# Doa Ketika Memulakan Perjalanan
الله أكبر ، الله أكبر ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لمنْقَلِبُون. الَّلهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرِّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفِرِنَا هَذَا وَطْوِي عَنَّا بُعْدَهُ ،اللَّهُمَّ أَنتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ،اللهم اِنِّي أَعُوذُبِكَ مِن وَعْثَاءِ السَّفَرِ ،وَكَآبَةِ المُنْقَلَبِ وَسُوءُ المُنْظَرِ فِي الْماَلِ وَالاهْلِ
Maksdunya: Allah Maha Besar (3x) Maha suci tuhan yang menundukkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelumnya tidak mampu mengawalnya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami. Ya Allah kami memohon kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalanan kami, dan perbuatan yang diredhaimu, Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah jarak perjalanan ini, Ya Allah engkaulah penemanku dalam perjalan ini, dan pengurus hartaku, Ya Allah sesungguhnya aku berlindu kepadaMu dari kepenatan dalam perjalan ini,dan dari pemandangan yang tidak baik, serta perkara-perkara buruk keatas harta dan keluarga ku.
ketika balik dari musafir, baca doa diatas dan tambah diakhirnya:
آيبُونِ ،تَائِبُونِ ، عَابِدُونِ ،لِرَبِّنَا حَامِدُونَ
Maksudnya: Kami kembali, kami bertaubat, kami beribadah, dah kepada tuhan kami segala pujian.
Hadis riwayat: Muslim
3# Doa yang perlu dibaca orang yang hendak bermusafir kepada orang yang ditinggalkan
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهُ الَّذِي لَا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ
Maksudnya: Aku menyerahkan kamu semua kepada Allah yang ia tidak akan lalai dari urusannya
Hadis riwayat: Ahmad & Ibnu Majah
4# Doa ketika pulang dari musafir
لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، آيِبُونِ تَائِبُونِ عَابِدُونِ لِرَبِّنَا حَامِدُونِ، صَدَقَ اللهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Maksudnya: Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, yang menguasai kerajaan serta pujian, Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu, kami kembali dengan bertaubat,beribadah, dan memuji tuhan kami. Allah yang telah menepati janjinya,membela hamba-hambanya, dan yang menumpaskan musuh bersenderian.
Hadis riwayat: Bukhari & Muslim
Kelebihan Doa Ketika Bermusafir
Untuk pengetahuan, antara golongan doanya mustajab di sisi Allah:
i. Doa dari orang yang dizalimi
ii. Doa orang yang sedang bermusafir
iii. Doa dua ibu bapa kepada anak
Secara umumnya, bermusafir bukanlah perkara yang senang dan mudah. Kebanyakan mereka yang bermusafir akan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Mungkin disebabkan perjalanan yang jauh, kemudahan asas yang tidak mencukupi, keadaan pengangkutan yang tidak selesa.
Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.
Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:
“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (HR Tirmizi, No. 3443)
Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.
Terdapat juga dalam hadith yang lain doa berikut:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”
Alhamdulillah, kini kerajaan telah pun memberikan kelonggaran kepada semua rakyat Malaysia untuk merentas negeri tanpa perlu mendapatkan keizinan daripada Polis Diraja Malaysia.
Rata-rata, rakyat Malaysia telah pun kebanyakannya sudah mengatur perjalanan ke destinasi yang ingin mereka tujui setelah berbulan-bulan lamanya tidak bermusafir.
Akan tetapi perlu kita ingati, dalam pada kita bergembira menikmati permusafiran, hendaklah kita mengiringi permusafiran kita dengan bacaan doa yang telah diajarkan oleh Nabi Saw ketika musafir agar kita sentiasa dirahmati dan dijaga oleh Allah SWT.
Jadi, marilah kita sama-sama kita mengamalkan doa-doa bermusafir ini sebelum memulakan perjalanan, kerana padanya terkandung rintihan seorang hamba agar Allah SWT akan sentiasa menjaga baginya akan setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini terutama ahli keluarga serta hartanya.
Bagus kita amalkan doa-doa ini. Ketika ramai yang ingin bermusafir ini, moga perjalanan semuanya dirahmati ALLAH
Geng Borak recently posted…10 Perkara Tentang Riyadh Season 2021 Yang Mengejutkan!