
Tentang Saham: Technical vs Fundamental
Apa Itu Analisa Teknikal & Fundamental?
Analisa teknikal fokus kepada kajian kesan pasaran kepada pergerakan sesuatu harga saham.
Chartist percaya bahawa ianya tidak penting untuk kita mengetahui kenapa harga bergerak sebelum kita membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham.
Manakala kajian fundamental pula fokus kepada asas ‘supply and demand’.
Ahli-ahli fundamental akan mengkaji semua faktor-faktor yang relevan untuk menentukan nilai intrinsik sesuatu saham.
Nilai intrinsik ialah nilai harga sebenar sesuatu saham atau syarikat pada masa tersebut berdasarkan hukum ‘supply and demand’
Jika supply melebihi (>) demand,maka nilai intrinsik adalah lebih rendah. Dan jika harga sesuatu saham syarikat adalah lebih tinggi dari nilai intrinsik maka syarikat tersebut adalah overvalue. Jadi para pemegang saham kebanyakannya akan bertindak untuk menjual pegangan mereka.
Secara amnya,kajian fundamental adalah lebih tertumpu kepada mencari sebab kenapa harga bertindak balas sedemikian.

Kebanyakan traders menganggap mereka adalah di antara ahli teknikal atau pun seorang yang fundamentalist. Hakikat sebenarnya peranan mereka banyak yang overlap mengikut masa kejadian.
Ramai fundamentalist mempunyai pengetahuan asas tentang analisa teknikal dan begitu juga sebaliknya bagi seorang technician.
Baca Juga: Cara Mudah Buka Akaun Saham
Di mana timbulnya masalah???
Di permulaan sesuatu perubahan trend atau pun pergerakan harga saham.
Kajian fundamental tidak menjelaskan kenapa pasaran atau harga bergerak sedemikian pada peringkat awal iaitu tahap yang paling kritikal.
Selalunya, segala maklumat tentang fundamental akan mula diketahui apabila ianya sudah terlalu lewat dimana harga saham sudah pun bergerak.
Harga pasaran selalunya akan bergerak terlebih dahulu sebelum keluarnya berita atau informasi tentang sesuatu catalyst atau pemangkin yang boleh menyebabkan harga bergerak.
Analisa mengenai chart pattern sebenarnya adalah jalan pintas kepada fundamental kerana setiap candlestick yang terbentuk adalah kesan daripada berita atau info fundamental sesebuah syarikat.
Kelebihan Analisa Teknikal
Antara kelebihan yang terdapat pada analisa teknikal adalah ia boleh digunakan pada pelbagai instrument pelaburan tidak kira saham,forex,crypto dan sebagainya kerana asas teknikal adalah sama. Walaubagaimana pun fundamental selalunya hanya tertumpu kepada sesebuah instrument pelaburan sahaja.
Di mana jika anda ingin melabur dalam pelaburan lain anda perlu mengkaji fundamental pelaburan tersebut terlebih dahulu. Hal ini tidak berlaku jika anda menguasai teknikal analisis.
Juga oleh kerana asas nya sama, teknikal analisis boleh digunakan bila-bila masa dan pada jangka waktu carta yang berlainan. Tumpuan chartist boleh berubah dengan senang ke mana-mana pasaran yang sedang aktif kerana mereka hanya perlukan kemahiran yang sama untuk berdagang.
So kesimpulan bagi pendapat saya,anda perlu lebih tumpu kan kepada mencari ilmu dalam analisa teknikal untuk menjadi trader yang hebat. Selebihnya di sepanjang perjalanan proses pembelajaran tersebut anda boleh kutip ilmu tentang fundamental sedikit demi sedikit.

Untuk belajar boleh PM saya nanti saya akan cuba bantu anda.
CaptainTrade Anda: Muhd Ainnuddin mahmud #captrade
Amat bagus jika belajar dengan ilmu teknikal dalam saham ni. Mengawal emosi dan minda juga. terbaik.
Geng Borak recently posted…Kena Tahan Tak Pakai Pelitup Muka di Dior KLCC, YB KJ Beri Amaran