cara+buka+akaun+semasa

Cara Buka Akaun Semasa (Current Account) Maybank Secara Online 2022

Mungkin ada yang masih belum tahu cara buka Akaun Semasa (Current Account) Maybank secara Online tanpa Introducer. Untuk makluman, pada tahun 2021, Maybank telah melancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer. Kemudahan yang sesuai untuk usahawan kecil-kecilan diberi nama SME FIRST-i .

Kelebihan Memiliki Akaun Semasa Untuk Perniagaan:

  1. boleh melakukan transaksi tanpa had
  2. pemilik akaun boleh membuat penyata akaun (account statement) dengan lebih kemas dan efisien.
  3. pemilik akaun boleh menikmati pelbagai kemudahan perkhimatan online untuk memajukan perniagaan.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer

  1. Layari laman web Maybank atau link ini: https://www.maybank2u.com.my/…/sme_first_account_i.page
  2. Pilih ‘Apply Now’ untuk meneruskan proses pendaftaran.
  3. Masukkan bilangan pekerja, jenis perkniagaan, dan lokasi perniagaan. Kemudian tekan “Let’s Begin”
  4. Kemudian masukkan butiran yang diperlukan seperti nombor pendaftaran SSM & butiran diri pemilik perniagaan.
  5. Lepas dah siap isi semua, access code akan dihantar melalui SMS.
  6. Kemudian anda akan dapat Maybank, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang diberi.
  7. Akhir sekali, sila ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara online tadi. Anda boleh membuat temujanji secara online mengikut keselesaan diri.

*Cawangan bank terdekat boleh dipilih ketika membuat pendaftaran online tadi.

Baca Juga: Cara Kurangkan Bayaran Cukai

Dokumen Untuk Buka Akaun Semasa

Sebelum ke Maybank, pastikan anda membawa dokumen seperti di bawah ini:

  1. MyKad Pemilik Perniagaan
  2. Sijil Pendaftaran
  3. SSM Form A
  4. SSM Business Info
  5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
  6. Deposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)
  7. Deed Of Partnership (sekiranya pemilikan bersama- Partnership)
  8. Partner perlu hadir bersama jika Pemilikan Perniagaan Bersama – Partnership

Prosedur Pendaftaran Buka Akaun Semasa Maybank

  1. Anda perlu ke cawangan Maybank yang telah dipilih dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. Sebaiknya, buat temujanji untuk elakkan anda menunggu terlalu lama.
  2. Sesampai di kaunter, tunjukkan nombor rujukan yang anda dapat melalui email. Pegawai bank akan menyemak di dalam sistem mereka
  3. Serahkan semua dokumen yang diperlukan tadi.
  4. Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.
  5. Anda selaku pemilik perniagaan perlu menandatangani beberapa dokumen.
  6. Kita akan diberi akses satu lagi akaun online yang berasingan di bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. (Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.)
  7. Anda perlu memindakan tunai RM1,000 ke dalam akaun semasa untuk pengaktifan.
  8. Tahniah, syarikat anda sudah pun memilik akaun semasa untuk urusan perniagaan.
  9. Anda perlu memohon untuk membuat buku cheque, sekiranya perlu.

Proses membuka akaun semasa Maybank memerlukan tempoh yang agak lama, antara 1-2 jam. Sila bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge