
Cara Kurangkan Bayaran CUKAI Yang Ramai Terlepas Pandang.
Ada syarikat yang membuat Pemotongan Cukai Berkala (PCB). Ada yang tidak. Untuk syarikat yang tidak membuat PCB akan memberikan gaji di dalam bentuk ‘lebihan wajib dibayar’ di dalam gaji bulanan. Memang seronoklah berbelanja. Tak perlu membayar cukai melalui pemotongan gaji.
Pusing-pusing pi mai tang tu. Hang kena juga isytihar cukai untuk cukai pendapatan taksiran setiap tahun. Tak boleh pusing-pusing.
Cukai Tahunan Yang Patut Dibayar
Terbeban kan nak bayar cukai sekelepuk? Katakanlah anda bergaji RM 5,000 sebulan. Secara tahunan jadi RM 60,000. Ini adalah amount yang akan dicaj sebagai jumlah cukai taksiran.
Untuk cukai taksiran berjumlah RM 60,000, cukai yang patut dibayar adalah RM 3,200 setiap tahun.
Rujuk di sini.http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5…
Pelepasan Cukai Individu – Jimat Sebanyak 51%
Tetapi ini belum ditolak dengan pelepasan cukai yang dapat setiap individu nikmati. Wajiblah. Iaitu:
- Pelepasan diri sendiri – RM 9,000
- Caruman KWSP – RM 4,000 (jumlah caruman tahunan minima)
Setelah ditolak jumlah RM 13,000 untuk pelepasan cukai ini, maka cukai yang patut dibayar adalah RM 1,560.
Beza banyak tak? Anda dapat berjimat sebanyak 51%! Siapa nak bagi kan duit RM 1,560 kan. Kawan meja sebelah pun belum tentu dapat belanja kita makan tengah hari. Syukurlah dapat jimatkan cukai yang wajib dibayar.
Nak tak kalau saya kongsikan penjimatan yang seterusnya?
Pelepasan Cukai Lain – Jimat Sebanyak 86%
Antara pelepasan cukai yang lain adalah:
- Takaful perubatan (medical card) – RM 3,000
- Takaful hibah/nyawa (life) – RM 3,000
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional, SSPN – RM 8,000
- Skim Persaraan Swasta, PRS – RM 3,000.
Jika anda mencarum takaful sekurang-kurangnya RM 250 setiap bulan untuk takaful perubatan dan juga hibah, maka anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM 6,000 setiap tahun.
Tambah pula membuat simpanan di SSPN yang mempunyai perlindungan takaful dan juga simpanan (terbaru) serta PRS, maka jumlah keseluruhan pelepasan cukai anda adalah RM 17,000! Banyak kan?
Private Retirement Scheme, PRS boleh refer di sinihttps://theikhwanhafiz.com/explained-private-retirement…/
Pertambahan pelepasan cukai ini membolehkan anda mengurangkan pembayaran cukai kepada RM 450 sahaja! Jumlah penjimatan adalah sebanyak 86%. Banyak gila baq hang! Pertambahan sebanyak 35% pelepasan cukai berbanding tadi.
Sumbangan Tanpa Sedar
Sekarang, jumlah cukai yang perlu dibayar RM 450. Bahagian ini barulah dibuat bahagian pembayaran Zakat. Secara tidak langsung, pembangunan ekonomi negara kita sumbang, ekonomi diri sendiri kita sumbang, ekonomi anak-anak kita sumbang, ekonomi muslim juga turut kita menyumbang. Semua orang dapat menikmati kesan daripada pembayaran cukai dan juga pelepasan zakat kita ini.
Ok. Sekarang sudah dapat pulangan pembayaran cukai berjumlah RM 3,200. Apa yang anda boleh buat?
Dapat Pulangan Pembayaran Cukai, Apa Patut Buat?
Ini cadangan saya (mengikut turutan):
- Selesaikan hutang – sama ada pendidikan, bank mahu pun individu
- Mulakan dana kecemasan – minimum 3 bulan gaji/perbelanjaan
- Mulakan simpanan – jadikan tabiat menyimpan untuk memupuk tabiat melabur
- Tingkatkan jumlah Zakat – insyaAllah bertambah pahala anda
- Mulakan pelaburan risiko tinggi – Carilah alat pelaburan dengan pulangan yang lebih baik daripada inflasi (pulangan 4% dan ke atas)
- Belanja – belilah apa saja yang anda suka.
Sekarang jelas keperluan isytihar cukai (wajib) dan keperluan berzakat?
P.S: Boleh kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda yang takut nak bayar, isytihar cukai mahu pun membayar zakat.
Sumber Asal: FB Ikhwan Hafiz
