
Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM Maksimum RM1,000
Seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2021, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan sehingga maksimum RM1,000.
Jika sebelum ini, bagi seorang anak akan menerima maksimum RM100 dan sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
Kini, Bantuan ini dinaikkan bermula 2021:
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
- Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Tujuan Bantuan Kanak-kanak JKM
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Syarat Kelayakan & Kriteria
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa ATAU PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas – ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
1# Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online
- Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
- Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan makluman lain yang berkaitan.
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
2# Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)
Bagi permohonan secara manual, anda perlu hadir dengan membawa dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Salinan MyKad atau Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan MyKad atau Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan Kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU.
- Salinan slip gaji atau Surat Akaun Pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
- Bil Utiliti sama ada TNB, bil air, Telekom atau Astro.
- Laporan pegawai perubatan daripada hospital bagi pemohon OKU yang tidak bekerja kerana sakit kronik dll.
Anda boleh menyemak senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
Borang Permohonan Bantuan JKM
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Maklumat Lanjut & Sebarang Pertanyaan
Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang bantuan JKM atau sebarang pertanyaan dengan menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang kami kongsikan di bawah:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya. || Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Alhamdullilah ada juga bantuan untuk murid sekolah
Alhamdulillah, mana-mana yang kurang, setidak-tidaknya boleh di topup kan
bagus bantuan JKM ni. Ramai yang buat permohonan. Moga ringan bebanan mereka.
Zaman Covid ni, ramai yang terkesan. Bagusnya kerajaan ada bagi bantuan kan