bantuan JKM

Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM Maksimum RM1,000

Seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2021, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan sehingga maksimum RM1,000.

Jika sebelum ini, bagi seorang anak akan menerima maksimum RM100 dan sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

Kini, Bantuan ini dinaikkan bermula 2021:

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Tujuan Bantuan Kanak-kanak JKM

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat Kelayakan & Kriteria

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa ATAU PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas – ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

1# Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

  • Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

2# Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)

Bagi permohonan secara manual, anda perlu hadir dengan membawa dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  1. Salinan MyKad atau Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan MyKad atau Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
  3. Salinan Kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU.
  4. Salinan slip gaji atau Surat Akaun Pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  5. Bil Utiliti sama ada TNB, bil air, Telekom atau Astro.
  6. Laporan pegawai perubatan daripada hospital bagi pemohon OKU yang tidak bekerja kerana sakit kronik dll.

Anda boleh menyemak senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

Borang Permohonan Bantuan JKM

Maklumat Lanjut & Sebarang Pertanyaan

Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang bantuan JKM atau sebarang pertanyaan dengan menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang kami kongsikan di bawah:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya. || Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

4 Replies to “Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM Maksimum RM1,000”

Leave a Reply to Lima Minit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge