Cara Daftar Akaun Raiz Pelaburan Mikro
Raiz antara pilihan platform pelaburan yang ada di Malaysia. Raiz berkonsepkan Robo Advisor yang mana pelabur tidak memerlukan kepakaran dalam melabur di pasaran saham. Strategi dan gerak kerja pelaburan diuruskan oleh robot.
UPDATE: RAIZ Ditutup Bermula September 2024
Raiz dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1 June 2020 merupakan aplikasi mudah alih pelaburan mikro yang memanfaatkan duit baki secara maya daripada pembelian harian pengguna untuk melabur dalam dana harga berubah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara proaktif berdasarkan portfolio pelaburan peribadi masing-masing.
Mula Melabur Dengan Modal Lima Ringgit
Pelabur juga boleh mendeposit wang untuk dilaburkan serendah RM10 pada bila-bila masa.
Cara Daftar Akaun Raiz
- Layari laman web https://raiz.com.my/. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Raiz Invest untuk Malaysia. (Daftar Raiz : https://links.raiz.com.my/gKYf )
- Kemudian, pilih butang Get The App. Anda dikehendaki melayari browser anda menggunakan telefon pintar, kemudianpilih
- butang tersebut, dan sistem akan membawa anda ke Google Play Store untuk Android, manakala ke App Store untuk iOS. Anda perlua Download aplikasi Raiz tersebut.
- Seterusnya, buka aplikasi Raiz. Akan ada paparan ringkas mengenai Raiz Invest. Slide sahaja ke kanan, atau pilih butang Next.
- Seterusnya, terdapat ruangan untuk diisikan. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Kemudian, pada ruangan Raiz Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk mencipta akaun Raiz Invest Password anda mestilah minimum 8 aksara, dan mempunyai gabungan huruf kecil, huruf besar dan nombor.
- Pilih dahulu link Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat untuk memiliki akaun Raiz Invest.
- Sekiranya anda bersetuju, pilih butang Create Account.
- Pada laman seterusnya, anda akan diminta untuk mencipta nombor PIN untuk akaun anda. PIN ini adalah sepanjang 4 aksara sahaja.
- Selesai memasukkan PIN, untuk laman seterusnya, anda akan dapat masuk ke akaun anda. Pilih butang Next atau slideke kanan untuk meneruskan.
- Untuk laman seterusnya di bahagian Raiz Investment Account, anda akan menentukan jenis akaun pelaburan anda untuk Raiz Invest. Pada Spending Account,pilih butang Set Spending Account, untuk memasukkan nombor kad debit anda. Pada Spending Account, anda akan melakukan pelaburan di akaun Raiz Invest anda menggunakan kaedah round-up (bundar) di mana untuk setiap pembelian anda menggunakan kad debit yang mengandungi sen, contohnya anda membeli alat tulis dengan harga RM39.30. Sistem akan membundarkan ke RM40, dan baki RM0.70 dari wang anda itu akan dilock. Apabila jumlah ini mencapai RM5, duit ini akan dimasukkan ke dalam akaun Raiz Invest anda untuk tujuan pelaburan.
- Anda juga boleh menentukan cara anda ingin memasukkan wang anda ke akaun itu untuk pelaburan selain daripada kaedah round-up, seperti kaedah recurring iaitu berulang kali untuk daily (setiap hari), weekly (sekali seminggu), dan juga monthly (sekali sebulan), atau kaedah lump sum, iaitu memasukkan sejumlah wang yang besar pada satu-satu masa sahaja.
- Kemudian, pilih butang Set Raiz Investments Account.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Full Name (as per MyKad), masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada kad pengenalan anda.
- Pada ruangan MyKad No., masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Pada Date of Birth, masukkan tarikh lahir anda.
- Kemudian, pada ruangan Age, masukkan umur anda.
- Pada ruangan Gender, masukkan jantina anda.
- Pada ruangan H/P No, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada ruangan Security Question, pilih mana-mana soalan yang tertera. Diingatkan bahawa fungsi Security Questionadalah untuk membantu anda sekiranya anda menghadapi masalah untuk login ke akaun Raiz Invest anda pada masa akan datang, seperti terlupa password. Jadi, pilihan soalan pada ruangan Question, mestilah disertakan dengan jawapan yang betul di ruangan Answer dan bersesuaian dengan soalan yang anda pilih. Anda perlu hafal dan ingat jawapan ini. Jangan maklumlah kepada orang lain.
- Kemudian, pilih butang Next.
- Pada paparan seterusnya, pada ruangan Home Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda untuk memudahkan urusan rasmi.
- Kemudian, pada ruangan City, masukkan bandar untuk tempat tinggal anda.
- Pada State/Province, pilih negeri untuk tempat tinggal anda, dan masukkan poskod tempat tinggal anda pada ruangan Post Code.
- Tick pada kenyataan di bawahnya sekiranya anda adalah warganegara Amerika Syarikat, penduduk tetap Amerika Syarikat atau mempunyai ID pembayar cukai di Amerika Syarikat.
- Kemudian, pilih butang Next.
- Pada laman seterusnya, tick Yes sekiranya anda merupakan pemastautin cukai di kawasan selain daripada Malaysia. Jika tidak, tick No.
- Pilih butang Next.
- Kemudian, pilih link Platform Agreement, Account Opening Agreement, Disclosure Agreement, dan Privacy Policyuntuk membaca segala terma & syarat untuk pembukaan akaun serta mula melabur dengan Raiz Invest.
- Sekiranya anda bersetuju dengan semua yang dinyatakan, tick pada semua kenyataan tersebut, dan pilih butang Next.
- Pada laman seterusnya, terdapat lagi ruangan untuk diisikan. Pada ruangan Employment, pilih status pekerjaan anda.
- Kemudian, pada ruangan Employer, masukkan nama majikan/syarikat anda.
- Kemudian, isi juga pada ruangan Net Worth dan Timeframe. Untuk Timeframe, anda boleh menentukan untuk tempoh berapa lama anda ingin melakukan pelaburan anda.
- Pada Reason to invest, pilih sebab untuk pelaburan anda.
- Pada Monthly income, masukkan julat untuk gaji bulanan anda.
- Kemudian, pilih butang Next.
- Seterusnya, anda dikehendaki untuk upload gambar hadapan MyKad anda. Pilih Scan the front untuk menggunakan kamera anda untuk menangkap gambar MyKad anda di bahagian depan kad, atau pilih Upload from gallery, untuk upload gambar kad anda yang telah tersimpan dalam telefon pintar anda. Ini adalah Prosedur Standard untuk proses verifikasi.
- Pada laman seterusnya, aplikasi akan menyusun portfolio anda, dan anda akan dicadangkan jenis portfolio pelaburan yang terbaik untuk anda, berdasarkan kepada sebab anda melabur, dan pelbagai lagi algoritma.
- Pilih I agree untuk menggunakan portfolio yang dicadangkan untuk anda, ataupun anda boleh menekan Change my Portfolio untuk menukar portfolio anda kepada mana-mana antara Conservative, Moderate dan juga Aggressive.
- Kemudian, anda akan diminta untuk memilih jumlah wang untuk memulakan pelaburan di akaun anda.
- Pilih antara RM10, RM20, RM50 ataupilih Other untuk memasukkan jumlah lain.
- Pilih butang Next.
- Kemudian, pilih butang Invest. Pelaburan ini akan berjaya sekiranya anda telah link kad debit anda dengan akaun Raiz Invest
- Sekiranya anda ingin melabur kemudian, pilih butang Skip.
- Proses pendaftaran akaun anda selesai.
Tentang Raiz
Raiz yang diperkenalkan oleh Raiz Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat usaha sama antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn. Bhd. (JDV) dan Raiz Invest Australia Ltd. (Raiz Invest), anak syarikat Raiz Invest Limited yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).
Idea aplikasi mudah alih yang boleh melabur duit baki daripada pembelian harian secara automatik dapat memberi manfaat kepada orang ramai secara menyeluruh.
Konsep pelaburan mikro Raiz ini diilhamkan oleh Ketua Eksekutif Raiz Malaysia Sdn. Bhd., Aidi Izham Mohd. Khalil yang mengemukakan ideanya di Cabaran Inovasi PNB.
Simpan dan Labur
Raiz menjadi pembuka laluan kepada mereka yang ingin mula menyimpan dan melabur. Idea ini bersesuaian dengan usaha berterusan PNB dalam memperkasakan dan menggalakkan warga Malaysia untuk mengamalkan perancangan kewangan yang lebih berhemah.
Akhir kata, pendapat kami, ini adalah cara terbaik untuk menyimpan dan melabur. Anda boleh setkan ’round up’ secara automatik. Anda juga bole menyusun kewangan anda.
Katakan anda mempunyai peruntukan makan tengah hari sebanyak RM10. Pada hari Isnin, perbelanjaan makan tengah hari anda hanyalah RM5. Jadi, baki peruntukan RM5 itu bolehlah terus ditransfer ke akaun pelaburan Raiz yang pastikan akan memberi pulangan lebih berbanding hanya memasukkan RM5 itu ke dalam Tabung Ayam. Dapat sesuatu?
Daftar Raiz : https://links.raiz.com.my/gKYf
3 Replies to “Cara Daftar Akaun Raiz Pelaburan Mikro”