Sebab Raiz tutup

RAIZ Tutup Bermula 2 September 2024

Merujuk kepada sebaran email oleh pihak RAIZ, klien tidak boleh lagi membuat pelaburan tambahan atau menukar portfolio pelaburan bermula 2 September 2024. Hanya proses pengeluaran sahaja masih beroperasi.

Baki Dikeluarkan Secara Otomatik

Baki di dalam akaun pelaburan RAIZ juga akan dikeluarkan secara otomaik dan dipindahkan ke akaun pengeluaran seperti yang ditetapkan oleh klien.

Proses pengeluaran akan mengambil masa selama 7 hari bekerja. Pengguna perlu memastikan akaun bank yang sah telah dipautkan (akaun perlu didaftarkan atas nama sendiri).

Sekiranya wang kekal tidak dituntut, ia akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut dan akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Baca Juga: Cara Mudah Daftar WAHED

Melalui pemakluman Raiz Invest Australia, mereka menyatakan Raiz Malaysia dioperasikan melalui syarikat usahasama antara Jewel Digital Venture Sdn Bhd dan juga Raiz Invest Australia Limited. Dibawah semakan strategik yang dilakukan ke atas perniagaan Raiz Malaysia, kedua-dua rakan usahasama bersetuju untuk menutup perniagaan Raiz Malaysia.

Ia dikatakan entiti Raiz Malaysia mempunyai dana secukupnya dalam proses penutupan syarikat tersebut. Proses penutupan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dalam usaha memastikan pelbagai proses dan ases pelabur diuruskan dengan baik.

Sebab disebalik penutupan operasi syarikat Raiz Malaysia yang telah berlangsung selama sekitar 4 tahun ini tidak dimaklumkan buat masa ini. Raiz akan terus memfokuskan pasaran Australia buat masa ini.

Ada alternatif lain untuk teruskan pelaburan?

Pengguna boleh memilih untuk meneruskan pelaburan dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Jika bersetuju, nyatakan persetujuan dengan klik “Saya Setuju” dalam e-mel yang dihantar kepada pengguna.

Kemudiannya, pihak Raiz akan berkongsi data – iaitu nama penuh, kad pengenalan, alamat e-mel serta nombor telefon dengan ASNB, dan pengguna akan menerima e-mel daripada ASNB dalam masa 5 hari.

Namun begitu, perlu ambil maklum bahawa akaun ASNB atau baki akaun Raiz tidak akan dipindahkan ke ASNB secara automatik. Sebaliknya, pengguna masih perlu memulakan proses pengeluaran seperti yang telah dimaklumkan.

Apa yang berlaku pada data pengguna?

Raiz akan berhenti menyimpan data atau menghapuskan maklumat pengenalan pengguna apabila pihaknya tidak lagi memerlukan untuk tujuan ini, dan ia tidak diperlukan atas sebab undang-undang atau perniagaan.

Pengguna boleh menghubungi Raiz di talian 03-27146114 atau help@raiz.com.my (9.30AM hingga 4.30PM, Isnin hingga Jumaat) jika memerlukan sebarang bantuan.

Untuk lain-lain butiran mengenainya, layari laman rasmi Raiz Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge