yasin sulaiman ditahan

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq..”-Yasin Sulaiman

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, pagi ini untuk didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja.

“Kirim salah pada YB Syed Saddiq,” kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.

Ucapan itu dituturkan Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.

Baca Juga: Komen Syed Saddiq Tentang Top Glove

Yassin dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja. Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

Sementara itu, peguam, Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin berkata, fakta menunjukkan penyanyi itu mempunyai masalah kesihatan dan dia perlu dibantu untuk mendapatkan rawatan segera.

Katanya, Yasin telah mendapatkan rawatan sejak 2009 dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), namun tidak pernah menceritakan perkara itu kepada peminat.

Pada dua bulan lalu, beliau berkata, anak guamnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Dia ada penyakit bipolar tahap kronik dan memohon agar peminat serta rakan-rakannya dapat memanjatkan doa,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, dua anak saudaranya berusia 17 dan 12 tahun sudah mengetahui keadaan yang menimpa bapa mereka dan setia menunggu kepulangannya.

Kredit: Utusan Online | Sinar Harian

Leave a Reply