
Youtuber Bekas Pelajar Henry Gurney Ditahan Polis Atas Tuduhan Membunuh Teman Wanita.
Polis telah menahan lelaki yang juga Youtuber bersama tiga rakannya bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita. Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau mengenai pesakitnya yang tidak sedarkan diri dan kritikal pada 2 April lalu.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mendapati seluruh tubuh mangsa yang juga kekasih suspek itu mempunyai kesan lebam lama dan baharu. Mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.
Pasangan kekasih itu datang dari ibu kota untuk penggambaran kandungan YouTube rakan mereka pada 27 Mac lalu dan dibenarkan tinggal di rumah sewa rakan tersebut yang juga seorang YouTuber sehingga selesai penggambaran.Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara suspek dengan kekasihnya pada 2 April lalu yang membawa kepada kematian wanita itu yang menetap di Melaka.
Siapa Youtuber Yang Ditahan Atas Tuduhan Bunuh?
“YOUTUBER TERKENAL yang dimaksudkan media yang viral ini adalah Joker , tetapi ramai yang anggap Joker adalah pelaku. Tidak. Yang pelaku adalah si Jamal.”-Izzad, influencer/bekas pelajar Henry Gurney.
Joker yang memiliki saluran Youtube JOKARKO mempunyai lebih 100 ribu pengikut dipercayai ditahan bersama suspek utama iaitu teman lelaki wanita tersebut, Jamal dan dua lagi kawan mereka selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Mereka kemudian direman selama tujuh hari bermula dari Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Namun di sebalik laporan tersebut, seorang rakannya yang juga YouTuber, Izzad Daniel tampil menjelaskan situasi sebenar tentang apa yang terjadi.
Izzad yang terkenal di YouTube sebagai influencer yang berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang bekas pelajar Henry Gurney menyifatkan rakannya itu hanyalah mangsa keadaan.
Dia yang tampil menerusi satu video di Youtube menjelaskan Joker sebenarnya tidak terlibat dan tiada di rumah sewaktu insiden berlaku. Dia difahamkan telah meninggalkan rakan-rakannya di rumah dan pulang ke rumah ibunya bersama isteri.
Baca Juga: Youtuber Isarb Clan Ditahan

“Ramai tersalah anggap”
Namun dia terpaksa ditahan untuk membantu siasatan memandangkan kejadian berlaku di rumahnya selain nombor telefonnya telah digunakan oleh suspek utama sewaktu mendaftar di Hospital Pulau Pinang.
“Polis ambil nama dan nombor telefon yang mendaftar (di hospital), bila polis call nombor Joker, tu sebab dia dikaitkan sekali. Kenapa Jamall perlu letak nombor Joker? Sepatutnya Jamall kena letak nombor dia,” soal Izzad atau nama penuhnya Muhammad Izzad Daniel Abdullah.
Tambah Izzad lagi, dia yang mengenali Joker amat yakin bahawa rakannya itu pastinya akan menghalang perkelahian tersebut sekiranya dia berada di rumah. Ini kerana dia beberapa kali sudah menyaksikan Joker menghalang pergaduhan semasa mereka sama-sama menuntut di Sekolah Henry Gurney.
“Kalau Joker ada pada waktu Ja**l belasah awek dia(arwah), pasti dia takkan diam kan diri. Saya kenal sangat Joker walaupun kurang kenal Jamal. Dia (Joker) satu batch dengan saya.
“Dia akan pertahankan kalau ada orang bergaduh di Henry Gurney. Waktu kejadian berlaku, Joker pulang ke rumah mak dia. Dia terdetik untuk pulang ke rumah dan dapat tahu awek Jamall dah dimasukkan ke ICU.
Menurutnya lagi, dia difahamkan bahawa insiden tersebut berlaku bermotifkan cemburu selain suspek utama mungkin dalam keadaan berhalusinasi kerana tidak tidur selama beberapa hari disebabkan dadah.