harga-ayam-terengganu

“Ambil ayam RM8.70. nak jual RM8.90. Pastu kena saman. Mana Hak peniaga?”

Beberapa peniaga ayam di daerah Kuala Terengganu dikenakan kompaun RM500 hari ini kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan selain mengelirukan pembeli.

Peniaga-peniaga tersebut berdepan situasi merunsingkan apabila disaman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gara-gara menjual ayam pada harga yang tidak dibenarkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, mereka dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 selepas aduan dibuat orang ramai.

Aduan Pembeli – Harga Tertera Lain, Jual Harga Lain

“Mereka mengelirukan pengguna dengan mempamerkan harga maksimum ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi menjualnya melebihi harga ditetapkan, kita tidak mahu ada penipuan terhadap penggunaa.- Pengarah KPDNHEP

Menurut video yang tular di media sosial ketika ini, hampir kesemua peniaga terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM500 di atas kesalahan tersebut. Kompaun RM500 adalah paling minima berbanding pelbagai kesalahan yang mereka lakukan.

“Beli harga ayam daripada pembekal RM8.70, harga kawalan RM8.90. Untung 20 sen untuk setiap kilogram? Kena bayar saman pula RM500. Peniaga nak makan apa?”

“Niat asal nak belikan baju raya untuk anak-anak. Tapi kena bayar sama ni dulu. Takpelah..”

Jelas kedengaran rungutan seorang peniaga yang mempertikaikan penguatkuasaan yang dijalankan pegawai KPDNHEP sambil memberikan alasan harga ayam yang diterima melalui pemborong sudah sememangnya tinggi.

Baca Juga: Sebab Harga Ayam Naik Lagi

“Ambil ayam RM8.90. nak jual RM8.90. Pastu kena saman. Hak peniaga mana”, rungut peniaga terbabit.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2 Februari lepas menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan bermula setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Namun, peniaga-peniaga ayam segar juga gagal membuktikan harga yang dibeli daripada pemborong dan pembekal melebihi paras ditetapkan iaitu RM7.60.

Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada peniaga ayam di Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu atas ujian dikompaun oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge