Hotel Equatorial ditutup

Akibat Covid-19, Hotel Equatorial Penang Yang Telah Beroperasi 30 Tahun Bakal Ditutup Mac 2021

Hotel bertaraf 5 bintang, Hotel Equatorial Penang bakal menutup operasinya pada Mac 2021 ini. Penutupan operasi hotel berusia 30 tahun ini dikatakan kesan gelora yang dihadapi bisnes pelancongan dan perhotelan sepanjang tempoh setahun kebelakang akibat pandemik Covid-19.

Dalam sebaran notis dalaman syarikat, General Manager Alan Ong berkata pengarah syarikat telah mengumumkan penutupan operasi akibat pandemik Covid-19 yang masih tiada penghujungnya.

Buat masa sekarang, semua perkhidmatan Hotel Equatorial Penang masih berjalan seperti biasa . Tiada penetapan tarikh akhir hotel ini tamat beroperasi.

Untuk makluman, penutupan hotel ini adalah yang ke-4 selepas tiga hotel telah ditutup pada tahun lepas akibat pandemik yang menyerang seluruh dunia.

Baca: Dibuang Kerja Semasa PKP. Apa yang patut dilakukan?

Hotel Equatorial Penang Tamat Operasi Pada Mac 2021

Hotel Equatorial Penang
Hotel Equatorial Penang

Seperti yang dijanjikan oleh pihak pengurusan, selagi hotel yang berada 250 kaki atas paras laut ini belum menamatkan operasi, semua pekerja sedia ada akan tetap menerima pembayaran gaji dan faedah daripada pihak syarikat. Terkini, semua pekerja telah menerima notis dan surat berkenaan perkara ini.

Hotel Equatorial Penang terletak di bahagia Barat Selatan berdekatan dengan zon industri dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Perniagaan Gulung Tikar Akibat Covid-19

Kemelut yang dihadapi oleh Hotel Equatorial Penang ini turut dirasai oleh kebanyakan pihak syarikat pengurusan dan perhotelan sejak Mac tahun lepas. Antara Mac dan April tahun 2020, sebanyak 204 buah perniagaan pelancongan dan perhotelan terpaksa gulung tikar disebabkan sekatan ekonomi sebagai satu usaha melawan pandemik Covid-19.

Kesan pandemik kali ini dirasai oleh banyak pihak di seluruh dunia. Banyak perniagaan terpaksa ditutup. Ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Semoga semua dugaan ini akan berakhir dengan segera dan virus berbahaya akan lenyap dari muka bumi ini.

3 Replies to “Akibat Covid-19, Hotel Equatorial Penang Yang Telah Beroperasi 30 Tahun Bakal Ditutup Mac 2021”

Leave a Reply to abambam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge