cara-bayar-zakat-fitrah-online

Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Online

Membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan, antara nikmat yang tak dapat dikecapi di bulan-bulan lain.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat, sama ada lelaki atau perempuan. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya zakat fitrah tersebut dapat diperuntukkan membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Syawal nanti.

Biasanya, zakat fitrah dibayar kepada amil yang dilantik oleh pihak berwajib. Ada proses menghulurkan duit, lafaz niat dan bersalaman (lelaki dengan lelaki). Ramadhan Tahun 2020 berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Disebabkan penularan wabak Covid19, umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan dalam suasanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkemungkinan sehingga Syawal. Jadi, tiada lagi proses sebegitu dapat dilakukan.

Jangan risau. Anda masih boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah di atas talian/online. Ini adalah normal baru rakyat Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri-negeri Di Malaysia.

6 Langkah Mudah Bayar Zakat Fitrah Online

Membayar zakat fitrah secara online sangat mudah dan pantas. Hanya 6 langkah, anda sudah pun berjaya menyempurnakan kewajipan ini.

Di bawah ini, kami kongsikan 6 langkah mudah cara bayar zakat fitrah secara online melalui PPZ-MAIWP.

Langkah 1: Layari fitrah.zakat.com.my
Langkah 2: Isi maklumat ringkas
Langkah 3: Pilih cara pembayaran
Langkah 4: Pilih bank
Ikut step seperti di dalam gambar ini
Langkah 5: Jika pilih untuk guna kad kredit Islamik, lakukan langkah seperti gambar di atas dan di bawah
Langkah 6: Tahniah! Pilih cetak dan simpan resit pembayaran.

Senang sahaja kan proses membayar zakat fitrah di atas talian. Cara pembayaran di atas adalah untuk kawasan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan.

Selain menggunakan website/portal pusat pungutan, terdapat beberapa bank yang menyediakan pembayaran secara terus kepada pusat-pusat tersebut. Antaranya Maybank.

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2U

Kami kongsikan langkah-langkah pembayaran zakat fitrah menggunakan Maybank seperti di bawah:

Langkah 1: Layari website/aplikasi Maybank2U.

Langkah 2: Login ke akaun anda. Pilih Pay & Transfer. Kemudian pilih “Pay To”. Sila taip kata kunci “zakat”. Anda akan diberi pilihan pusat pungutan zakat. Sila pilihan pusat pungutan zakat anda.

Langkah 3: Isi jumlah zakat fitrah yang ingin dibayar, No telefon dan “Type Of Zakat”. Kemudian tekan “PAY”.

Langkah 4: Anda akan menerima Secure Verification atau nombor TAC untuk pengesahan. Sekarang pembayaran zakat fitrah anda telah selesai!

Alhamdulillah. Kami lebih suka pilihan bayaran menggunakan aplikasi bank sebegini. Lebih pantas.

Selain daripada cara di atas, pusat-pusat zakat di negeri lain di seluruh Malaysia juga mempunyai pautan masing-masing.

Pautan Pusat Pungutan Zakat Seluruh Malaysia

Boleh rujuk pautan di bawah untuk panduan, rujukan dan cara bayar bagi negeri-negeri seperti berikut:

  1. PERLIS : MAIPS / Aplikasi SnapNPAY
  2. KEDAH : Zakat Kedah / Asnafcare / Aplikasi Zakat On Touch
  3. PULAU PINANG : Zakat Penang / GoPayz / Aplikasi SnapNPAY
  4. PERAK : eZakat MAIAMP / GoPayz / Aplikasi SnapNPAY
  5. SELANGOR : Zakat Selangor / GoPayz / MyEG
  6. NEGERI SEMBILAN : Zakat NS / Aplikasi ZakatN9 / Aplikasi SnapNPAY
  7. MELAKA : Zakat Melaka
  8. JOHOR : MAIJ / Aplikasi SnapNPAY
  9. PAHANG : Zakat Pahang / eZakat MUIP
  10. TERENGGANU : MAIDAM / Aplikasi SnapNPAY
  11. KELANTAN : e-MAIK / Aplikasi MyMaik
  12. SARAWAK : Tabung Baitulmal Sarawak / Baitulmal Kamek / MyEG / Aplikasi SnapNPAY
  13. SABAH : MUIS / MyEG / Aplikasi SnapNPAY
  14. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA / LABUAN : PPZ MAIWP / PayHalal / MyEG

Waktu Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mengikut Mazhab Syafie, ia sunat dikeluarkannya sebelum solat sunat Aidilfitri dan makruh menangguh-nangguhkannya sehingga selesai solat sunat Aidilfitri.
  • Waktu Haram: Mengikut pendapat Al-Hasan bin Ziyad (ulama Hanafi), siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Namun, ia wajib ditunaikan dengan segera zakat fitrah dan ia dianggap sedekah. Jangan berlengah lagi kerana ia akan menambah dosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge