cara padam

Risau Facebook Sentiasa Memantau Aktiviti Anda? Ini Sebab Dan Cara Nyahaktif Fungsi “Off Facebook Activity”

Pernah tak anda melayari website tentang pakej pelancongan bajet ke Europe. Selepas itu, anda melakukan aktiviti sosial di Facebook. Anda perasan tak, iklan pakej pelancongan bajet yang anda ‘Google’ tadi sedang bermain-main di dinding Facebook anda?

Seolah-olah apa yang anda cari, sedang mengikuti dan menghantui anda? Atau Facebook mempunyai kebolehan membaca fikiran anda?

Bagi mereka yang tidak mengetahui kebolehan Facebook memantau dan mengesan segala aktiviti yang dilakukan di laptop atau smartphone, ini mungkin satu perkara yang merisaukan.

Tenang. Facebook bukannya bomoh atau ahli nujum.Mungkin anda tidak menyedari satu fungsi tersembunyi di Facebook.

Teruskan membaca posting ini untuk mengetahui cara menyahaktif setting tersebut.

Sebenarnya, fungsi ini tidak berbahaya pon. Cuma, semua aktiviti online di peranti anda di rekodkan. Contohnya, kalau anda login ke website Maybank ke, CIMB ke, semua aktiviti ini Facebook tahu. Termasuklah berapa banyak anda login dan berapa lamakah anda menghabiskan masa website itu.

Fungsi ini dikenali “Off Facebook Activity”.

Fungis ini boleh diaktif dan dinyahaktif. Secara default, fungsi ini diaktifkan secara automatik semasa anda mendaftar di Facebook

Untuk menyahtifkan fungsi “Off Facebook Activitiy” ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Masuk ke ruangan Facebook Profile anda. Tekan di “tiga titik” di sebelah “Add Story”. Anda akan dibawa ke ruangan “Profile Setting

Profile Setting

2. Pilih “View Privacy Shortcuts” . (di sebelah kirinya ada gambar kunci)


3. Pergi ke “Your Facebook Information
4. Kemudian pilih “View or clear your off-Facebook activity

5. Masuk ke bahagian “Manage Your Off-Facebook Activity“. Di ruangan ini, anda boleh tahu data log aktiviti di peranti anda, di mana Facebook juga boleh ‘nampak’ walaupun anda tidak menggunakan aplikasi Facebook (offline).

Setiap aktiviti anda, sama ada anda menggunakan aplikasi perbankan, permainan atau media sosial lain akan direkodkan di sini.

6. Tekan butang “Clear History

7. Pengesahan untuk memadam “history” aktivitiy anda. Sekali lagi, pilih “Clear history“.

8. Segala data log anda berjaya dipadamkan apabila keluar notis “Your activity has been cleared



9. Seterusnya, pilih “More options

10. Pilih “Manage Future Activity

11. Baca pemberitahuan daripada Facebook. Sekali lagi, pilih “Manage Future Activity“.

12. Setkan “OFF” di bahagian “Future off-Facebook activity” untuk menyahaktif fungsi ini.


13. Matikan fungsi ini dengan menukar warna butang (dalam petak biru di atas) ke warna kelabu. Sekiranya masih berwarna biru, fungsi ini masih aktif.

Selesai!

Betul ke Facebook boleh mengakses ke data pengguna? Kami belum mempunyai info tentang perkara ini. Buat masa sekarang, jawapannya adalah boleh jadi Ya atau Tidak.

YA iaitu Facebook memiliki maklumat penggunaan aplikasi kita.

TIDAK iaitu mereka tidak mencuri data kita. Sebaliknya, data ini telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak Facebook dan aplikasi kedua untuk tujuan pengiklanan ataupun “personalized ads”.

Jelaskan?

Menyahaktif fungsi ini bukanlah perkara yang mesti/wajib dilakukan. Ianya adalah satu pilihan.

Jika anda ingin fungsi ini terus aktif, tidak menjadi masalah. Sekadar perkongsian.

Bukahkah beringat di awal waktu lebih baik daripada menyesal di kemudian hari? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge