interview SPA

Hafal 5 Soalan Temuduga Jawatan SPA. Ini Soalan Bocor Yang Selalu Ditanya.

Memegang jawatan di dalam sektor pekerjaan awam atau kerajaan menjadi impian ramai terutama anak muda hari ini. Setiap kali tiba waktu memohon jawatan, beratus ribu permohonan diterima.

Proses temuduga menjadi proses paling mencabar buat calon yang memohon. Calon-calon yang telah melalui sesi temuduga pasti mengakui sukar untuk jawatan kerajaan.

Tiada jalan pintas mudah lain untuk berjaya dalam proses temuduga ini. Calon perlu membuat persediaan rapi dengan membuat bacaan yang berkaitan dengan jawatan dipohon, membuat kajian tentang perjalanan organisasi dan paling penting, anda perlu menyemak contoh-contoh soalan temuduga SPA yang terkini.

Baca Juga: Dua Minda Penting Semasa Mencari Kerja

Persediaan sebegini penting untuk memastikan anda bersedia dengan bentuk soalan yang akan ditanya dan memudahkan anda merangka jawapan kepada soalan yang bakal ditanya nanti. Namun, ada 5 soalan yang biasanya akan ditanya setiap kali temuduga SPA. Kiranya ini soalan bocor SPA la kan.:-p

Jika anda lancar menjawap soalan asas ini, insyaAllah soalan-soalan seterusnya akan menjadi lebih menarik. Impresi pertama anda pasti akan menarik minat penemuduga untuk terus mengenali anda!

cara cari kerja

Berikut dikongsikan 5 soalan yang mesti ditanya oleh penemuduga anda.

1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Apabila anda mendapat soalan ini, anda tidak perlu meminta penemuduga menyemak resume, cover letter dan sijil anda. Mereka hanya mahu mendengar sisi terbaik tentang diri anda yang paling unik supaya mereka terpanggil dan merasakan anda adalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

2. Apa yang anda tahu tentang syarikat / jabatan ini?

Pastikan anda membuat beberapa kajian mengenai syarikat / jabatan yang akan anda hadir temuduga. Mudah sahaja, layari laman web, media sosial dan blog syarikat / jabatan tersebut dan dapat seberapa banyak maklumat.

Antara maklumat yang boleh anda perolehi ialah :

  • Misi dan visi syarikat.
  • Kejayaan dan pencapaian syarikat.
  • Peneraju syarikat seperti CEO, Pengurus Besar dan staf-staf terbaik syarikat.
  • Tugas dan produk yang dikeluarkan syarikat.
  • Pelbagai maklumat yang berkaitan kelebihan syarikat.

3. Apakah kekuatan anda yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?

Jika anda mendapat soalan ini, terus fokus kepada kemahiran anda yang paling utama iaitu kemahiran teknikal.  Ini adalah kerana kemahiran teknikal ini berkaitan dengan ilmu serta praktikal yang betul untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Contoh :

Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Words, One Note, Outlook, Excell, Skype, Power Point dan Publisher.

Mahir menggunakan sistem Payroll dan Auto Count.

Serta ceritakan beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan anda.

Seterusnya senaraikan beberapa kemahiran insaniah (Soft Skill) yang ada pada anda. Kemahiran ini amat penting untuk diketengahkan ketika anda menjawab soalan berkaitan kemahiran. Jangan tinggalkan kelebihan anda yang perlu majikan tahu.

4. Setiap orang ada kelemahan, apa pula kelemahan anda?

Tujuan majikan bertanyakan mengenai soalan ini adalah untuk mengetahui cara anda menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitaran waktu bekerja anda.

Jadi, anda boleh menjawab soalan ini dengan mengemukakan kelemahan seterusnya cara untuk memperbaiki kelemahan anda iaitu “Saya merasakan saya kurang fasih untuk bercakap bahasa Inggeris dihadapan pelanggan dan terasa sedikit kekok walaupun saya tahu ayat yang saya gunakan adalah betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya sentiasa bersedia membuat sedikit skrip dan belajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris bersama rakan sekerja untuk memantapkan penguasaan bahasa saya.”

5. Mengapa anda tidak mahu lagi bekerja di syarikat lama anda?

Pertama sekali, anda perlu menjawab beberapa kelebihan daripada aspek pengalaman terbaik yang pernah anda dapati serta nyatakan beberapa nilai positif yang boleh dibawa ke syarikat baru nanti.

Kemudian gunakan teknik LAMPS untuk menjawab persoalan penemuduga tadi.

LOCATION : Ceritakan bahawa jarak kediaman yang terlalu jauh daripada tempat anda bekerja sekarang.

ADVANCEMENT : Anda tidak dapat mengembangkan kerjaya anda kerana tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk kenaikan pangkat serta alasan yang lain.

MONEY : Anda boleh nyatakan mengenai kos sara hidup ulang alik ke tempat kerja yang jauh, bayaran gaji yang tidak setimpal dengan kemahiran, skop kerja dan beberapa sumbangan anda pada syarikat.

PRIDE / PRESTIGE : Nyatakan bahawa anda ingin menyumbangkan kemahiran yang ada pada anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi tugasan anda, budaya kerja serta menjayakan misi dan visi syarikat.

SECURITY : Ceritakan mengenai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku beberapa kemungkinan mengenai syarikat lama anda seperti masalah kewangan syarikat lama anda. Namun, anda tidak perlu huraikan dengan terlalu mendalam mengenai perkara ini kepada penemuduga anda.

Sumber: Info SPA Malaysia

2 Replies to “Hafal 5 Soalan Temuduga Jawatan SPA. Ini Soalan Bocor Yang Selalu Ditanya.”

Leave a Reply