Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Sah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Kepada Perdana Menteri Ke-10

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Kanan Bagi Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri tersebut.

Perlantikan ini berkuatkuasa 3 Januari 2023.

Matlamat perlantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan adalah untuk menyalurkan dan memanfaatkan bakat terbaik dan cemerlang Malaysia di dalam dan luar kerajaan, serta menambah nilai kepada usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.

Peranan baharu Nurul Izzah akan membolehkan beliau memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi yang sedang rakyat hadapi.

ANAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Fakta Tentang Perlantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kanan Kepada Perdana Menteri:

  1. beliau pernah mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
  2. beliau pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
  3. kerajaan tidak membayar apa-apa elaun kepada Nurul Izzah, baik di Pejabat Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan.

Nurul Izzah sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal dari 2008 dan kemudian di Permatang Pauh, namun beliau tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sebagai sebahagian daripada penyediaan Belanjawan, beliau bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan tetapi juga mendapatkan input daripada rakyat terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40

Rakyar Malaysia berharap melalui pengalaman Nurul Izzah sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak hampir empat penggal lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara.

Leave a Reply