PM10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Tahniah!

Yang di-Pertuan Agong telah perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukan dalam Perkara 40(2)(A) dan perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Titah Bagina, bagaikan biduk lalu kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta.

Negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya. Harta pusaka ini perlu dijaga kerana ianya bakal diwarisi oleh generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.

Seri Paduka Bagina juga turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi pagi, semakin berisi semakin tunduk.

Baca Juga: Perkara Utama Yang Rakyat Mahu Drp Kerajaan Baru

Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Malaysia.

Semoga masa depan Malaysia lebih terjamin di bawah pemerintahan DSAI.

One Reply to “Datuk Seri Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Tahniah!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge