malaysian

5 Perkara Utama Yang Rakyat Mahukan Daripada KERAJAAN BARU.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah diketahui. Namun, hingga ke saat ini, masih belum tiada kata putus, siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Parlimen masih tergantung!

Keputusan ini menyebabkan parlimen tergantung, satu keadaan tidak ada kejelasan mengenai siapa yang mempunyai sokongan majoriti bagi mendapat perkenan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Rakyat masih menanti dengan penuh sabar keputusan terakhir. Rakyat memilih pemimpin baru dengan harapan apa yang sepatutnya rakyat peroleh, berjaya dinikmati pada masa mendatang.

Rakyat tidak mahukan wang berbilion ringgit. Cukuplah rakyat dapat menikmati hidup yang lebih baik tahun demi tahun. Rakyat mahukan Malaysia boleh pulih dalam usahanya untuk mengatasi krisis ekonomi dan mencapai kestabilan politik.

5 Perkara Utama Yang Rakyat Mahukan Daripada KERAJAAN BARU MALAYSIA.

1# Kestabilan Politik

Rakyat Malaysia kecewa dengan politik yang menggoncang negara sejak pembangkang menamatkan enam dekad pemerintahan Umno, tonggak gabungan Barisan Nasional (BN), pada 2018.

Kemenangan pertama pembangkang Malaysia oleh Pakatan Harapan (PH), ketika itu diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini menjadi perdana menteri ketika beliau bersama Umno.

Sejak beliau keluar, Umno telah cuba mengambil alih semula kuasa dan menjadi punca utama kekacauan, dengan pertelingkahan dalam kedua-dua pimpinan dan dengan rakan pakatannya.

Malaysia diterajui oleh tiga perdana menteri yang bersilih ganti dalam tempoh dua tahun lepas.

Ketika mengumumkan pembubaran Parlimen, Ismail berkata, ketidakstabilan politik telah menjejaskan ekonomi, dan mandat mesti dikembalikan kepada rakyat.

2# Bangsa dan Agama

Perkauman dan agama kekal menjadi isu yang memecahbelahkan Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dengan 32.7 juta penduduk.

Kaum Melayu, yang beragama Islam, dan Orang Asli membentuk 70% daripada populasi negara. Selebihnya kebanyakannya berbangsa Cina dan India.

Orang Melayu konservatif berbelah bahagi antara Umno dan Bersatu, yang diketuai oleh Muhyiddin, kata penganalisis.

Ramai berasa diketepikan apabila pentadbiran PH sebelum ini, dengan Mahathir sebagai perdana menteri, menunjukkan lebih ramai bukan Melayu dilantik dalam barisan Jemaah Menteri.

Umno membina sokongannya selama ini melalui sistem naungan yang kuat, terutamanya dengan etnik Melayu.

3# Hapuskan Rasuah

Rakyat mahukan sebuah kerajaan demokratik yang bersih dan meruntuhkan kerajaan kleptokrasi habis-habisan.

Juga, seorang pemimpin yang tiada kes penggubahan wang haram, pecah amanah, rasuah dan gangguan seksual.

4# Harga Barang Lebih Munasabah

Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil, memacu ekonomi dan dapat membawa rakyat keluar dari permasalahan yang dihadapi sekarang ini terutama krisis harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

Tidakkah mereka sedar, krisis ekonomi dunia yang dijangka melanda dunia pada tahun 2023 akan menyeksakan lagi kehidupan rakyat jika tiada tindakan membantu rakyat mula dijalankan hari ini.

5# Lebih Banyak Insentif Kepada Rakyat

Rakyat mahukan kerajaan persekutuan dan negeri memberikan banyak insentif kepada rakyat. Inisiatif tersebut seperti pengurangan cukai, pengecualian lesen perniagaan dan pelbagai lagi perlu dibuat secara berterusan terutama ketika rakyat berhadapan kesukaran menghadapi krisis ekonomi dunia.

Kesimpulan

Kami pasti, masih banyak lagi perkara yang perlu diteliti oleh pihak kerajaan sebagai usaha membantu rakyat. Rakyat sangat berharap kerajaan baru dapat segera dibentuk demi kesejahteraan rakyat.

Dah dah la berebut jawatan, bincang elok-elok k.

One Reply to “5 Perkara Utama Yang Rakyat Mahukan Daripada KERAJAAN BARU.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge