Tabung Kecemasan Nad Zainal Bantu Kos Rawatan
Sejak minggu lalu, pelakon popular Nad Zainal telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan di dalam paru-paru.
Prihatin dengan situasi kesihatan Nad Zainal, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal. Tabung ini bukan untuk menampung kos perubatan sepenuhnya kerana beliau telah pun membuat persediaan awal dengan mengambil perlindungan kesihatan. Tabung ini sekadar membantu keluarga Nad Zainal menampung kos yang selanjutnya.
Tabung Kecemasan Sebagai Inisiatif
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.”-Pengarah, Shahrulezad Mohameddin
Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama.
Baca Juga: Medical Card Terbaik
Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, peminat dan rakan artis yang lain turut disaran untuk menghebahkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.
Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa untuk kongsikan posting ini agar lebih ramai dapat turut membant.
Untuk rekod, Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, yang diintubasi sejak seminggu difahamkan sudah mulai menunjukkan perkembangan yang positif.
Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya juga semakin pulih. Paru-paru sudah mula berfungsi dengan lebih baik, cuma doktor tak mahu memaksa sangat.
Sebahagian ubat ubatan juga ada yang sudah mula dikurangkan dosnya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad Zainal semakin stabil.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8604978484 atas nama Pertubuhan Kebajikan As Siddiq. Pindahan wang ini perlu disertakan dengan rujukan Nad Zainal.
Untuk pertanyaan lanjut hubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian 012-3458623.